30 December 2012

~Sesi 2013~

Assalamualaikum

Selamat pagi

Hari2 terakhir di cuti sekolah. Sekolah dah nak buka. Preparation untuk naik sesi baru. So far, powerpoint baru silibus Tingkatan 3 dah siap sampai chapter 4. Next chapter boleh buat pelan2. Tahun depan masih mengajar Ting 1 dan 3, subjek Sains. Sooooo happy. Tugasan baru, SU PMR yang tinggal tahun depan je. SU Biasiswa dah dilepaskan kat cikgu baru pindah dari sekolah lain. Guess what, aku ketua guru rumah sukan! Sungguh tak sesuai. Nak handle guru2 senior bukan kerja senang -__-

By the way, result PMR sekolah jatuh separuh drp tahun lepas, 18 orang straight A's hanya tinggal 9. Result 1 Malaysia pun jatuh kan. Ta
pi kalau rujuk gps hanya turun 0.01. Jadinya tak de beza sangat dengan tahun lepas. Sains 3RK, which is my science class, rata2 A ye. Alhamdulillah. B tetap ada dan 2 orang C. Kalau awak tak mahu tolong diri sendiri, macamana tungging terbalik cikgu tolong pun, no point. Tahniah kepada yang berjaya straight A. Yang tak berjaya, cuba the best in SPM 2014 nanti ye.

Kelas 3A5, kalau exam biasa 1-2 orang je yang lulus tapi PMR lepas 22/26 lulus dan ada sorang dapat C. Yang fail termasuk yang tak tahu menulis, yang berhenti sekolah tiba2 PMR nak datang. Pening cikgu. Tahniah, mesti depa pun pelik depa lulus ye. Tak sia2 tips pecutan cikgu menjadi ye. Good job students sebab jadi murid mendengar kata dan ikut tips cikgu ^__^

Sekolah dah nak buka, saya dapat anak baru. 2013 bakal jadi lebih best insyaallah.

No comments: