09 November 2012

~Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah~


Kalau zaman orang dulu2 bercinta, ada la keluar ''pungguk rindukan bulan''. Dalam maksudnya kalau dihurai oleh orang berjiwa sastera. Tapi kalau orang otak logik Sains(-lah sangat), ''woi burung, buat apa ko dok rindu bulan tu, bukan sama spesis pun!''

Eh! Tengok! Tengok! Dah 'ke bulan' merepeknya. See what time now? Maksud aku masa aku tulis dan post entry ni la. Aku tengh gigih meng'key-in' band PBS budak. Ye, gigih tu tak gigih sangat la sebab ada yang tahap lagi burung hantu daripada aku yang tak tidur2 malam sebab puaka PBS ni. Yang pasti, kalau spesis tak tidur malam tu selalunya cikgu2 sesi petang la. Pagi boleh qada tidur semalaman yang terganggu tu. Aku cikgu pagi, maka, agak2 la kalau tak tidur malam pun kan. Oh ye, tadi aku dah tidur sekejap.

Tapi sekarang aku rasa betapa sia2nya aku bersengkang mata pukul 1.30 pagi hingga 2.30 pagi hanya mampu masukkan band untuk 6 orang sahaja! Sekarang tengok, betapa majunya sistem yang dibangunkan oleh orang2 kita. Patut belajar kenapa FB tak hang walaupun berbillion2 orang guna. Ini baru cikgu2 Tingkatan 1 dalam Malaysia je pun yang guna, dah hang teruk. Tahun depan cikgu2 Tingkatan 2, "welcome to the club''. Kelab Burung Hantu! Haktuiiii.

Agak mengecewakan bila orang yang tidak faham kerjaya  guru menghentam guru2 makan gaji buta, gaji tinggi tapi kerja ciput dan cuti banyak. Sila kawen dengan guru, baru anda boleh faham. Kata susah senang bersama kan. Pengalaman kawan2 di KL, suami2 yang komen lebih dari isteri yang buat kerja2 pengkeranian bidang perguruan ni, suami2 yang tolong bersimpati, suami2 yang tolong bidas cakap2 tin kosong orang yang tiada kaitan dengan seorang guru (di rumah).

Nak isi untuk sorang pelajar dah berapa minit, tu tak termasuk berapa kali kena log in log out. Tiba2 tengah syok key in, ter'log out' sendiri, hilang band yang dah di key in. Perit sungguh melayan kau SPPBS. Makan, tidur, mandi, berak teringatkan kau PBS. Sampai hati kau.

Demam + migrain; masih sanggup berjaga pukul 2.30 pagi. Esok aku nak bangung awal weh! So, SPPBS, be nice to me! Kurangkan dosa2ku kerana mengutuk dan memakimu TT__TT

No comments: