06 November 2012

~Simpan emas lebih baik~


Anda ada duit lebih sikit yang anda rasa anda takkan guna dalam masa yang terdekat? (wah, macam iklan plak). Mmmm, sebenarnya nak cakap pasal benda yang hot!

Kalau dulu Dr.Che Det selalu bercakap pasal kepentingan emas, kepentingan guna dinar, tapi kita selalu nampak duit jugak yang berharga. Che Det dah nampak benda ni lama dah. Nilai duit makin turun tapi nilai emas tak pernah turun. Kalau beli 10g sekarang RM1800+, tak mungkin harga 10g emas 2, 5, 10, 20 tahun akan datang masih sama RM1800+. Sebab tu Che Det suggest kita simpan harta dalam bentuk emas, bukan duit kertas. 

Sejak duduk di KL, ada kawan yang cerita pasal ni, tapi aku macam tipikal orang Malaysia lain 'baik simpan duit kat bank, buka ASB, tiap2 tahun masuk duit'. Mmmm, yela, kenapa aku fikir macam tu? Aku tak dak maklumat sangat pasal simpanan emas. Tanya kawan tu, dia pun tak tau sangat. Suami suruh beli, dia beli. Tak tau sebab apa beli, beli sebab suami kata bagus. 

Simpanan emas mungkin tak nampak untung dalam setahun sebab ni simpanan jangka panjang. Macam orang buat loan untuk buka akaun ASB. Duit tu tak boleh bawak keluar, yang boleh bawak keluar hanyalah dividen tahunan. 

Bila pindah sini aku dapat kawan2 yang ada pengalaman sikit pasal pembelian dirham, dinar, jongkong perak dan jongkong emas. Bukan makna dia beli semua tu, tapi ada ilmu pasal tu. Bila aku confius, aku tanya, aku dapat jawapan. Tak macam sebelum ni, aku tanya, aku tak dapat jawapan. Terus down nak cuba walaupun tahu simpan emas tu bagus.

Pernah dengar Public Gold tak?  Ni local manufacturer yang terlibat secara langsung dengan penghasilan dan penjualan  dirham, dinar, jongkong perak dan jongkong emas. Aku yakin jugak yang ni sebab tahu kilangnya ada di Penang, kedai2nya ada di banyak tempat di Malaysia. Kalau nak tengok nilai, turun naik harga emas, tengok kat sini.

Lagi satu, orang cari kijang emas. Ni ada kat Maybank je, keluaran Bank Negara Malaysia. Orang perempuan pandai beli barang kemas kan. Bukan semua but mostly kakak2, makcik2 tahu masa bila emas murah masa bila emas tinggi. So, nak beli, belilah masa harga emas rendah, jual masa harga emas tinggi. Tapi kena pandai buat analisis skit la pasal tu. Yang ni aku tak bijak pun. Tapi generally, kalau musim perayaan harga barang naik, samalah macam emas. Harga emas pun bergantung nilai dolar US. Kalau nilai dolar Us tinggi, harga emas jatuh sikit; dan sebaliknya lah.

Google lagi k untuk maklumat pasal isu ni sebab aku bukan bijak sangat pasal emas :P

Ni Public Gold punya la. Company lain pun ada jual, jangan ingat company ni je, tapi ini yang establish.






2 comments:

Prince of Noob said...

kita pun ada public gold, tapi sekarang ni agak takut nak wat pelaburan emas lepas kes geneva gold tu... btw done follow u dear - Noob

Teacher Hafizah said...

rasa takut tu ada gak. tp stau saya emas public goldleh dijual dimana2 kedai emas. so, saya tak risau sgt la.