13 May 2012

~Lipstick~

Seminggu dengan kepedihan amatlah menyakitkan. Tidak, bukan dilukai orang tersayang, cuma salah sendiri mencari sakit. Entah dugaan Tuhan agaknya terlalu banyak elergik yang aku alami sejak kecil. Alah makan sayur, aku semput, alah makan ayam, bertubi2 jerawat macam kena tembak hingga pernah bengkak2 muka, alah pakai subang tiruan berlama2, gatal kulit,alah pakai lipstik, bibir bengkak.

Alah terakhir tu la yang aku alami sejak seminggu lalu. Macamana boleh terlupa aku elergik lipstik Silky Girl.  Dah pernah jadi suatu ketika dahulu. Tak boleh sesuka hati asal nampak warna cantik terus nak oles. Bibir aku cuma kata ''ya'' pada lipstik jenama Maybelline dan Nutrimetic. Pernah guna Dior Pipah punya. Ok! Mahal punya kan, elok le pulak. Kulit orang kayakah, sedangkan tuan badan tidak kaya :P

Akhirnya sebab dah tak tertahan menanggung derita tidak dapat senyum dengan ikhlas dan makan dengan sempurna, pergi juga mencari ubat selepas semua petua termasuk sapu mentega tidak berjaya.

Rupa2nya ubat sapu kedai tabib cina jugak yang mujarab. Dengan harga RM8 dengan jangka hayat 3 bulan kalau disimpan dalam peti ais, hasilnya amat mengujakan . Berbaloi kan. Seharian dengan sapuan ubat tabib cina, bengkak surut, gelembung2 berisi air pun hilang. Jika seseksi Angelina Jolie tidak kuhirau bengkak selama mana pun, ini seksa dan sungguh tidak menarik. Kesan bengkak dan mengelupas, bibir jadi gelap sikit. Macam perokok tegar gayanya. Tapi yakinlah, aku bukan perokok!

Ini lipstik aku tapi sungguh kecewa sebab tidak akan ada lagi di pasaran. Kenapa kau sungguh kejam dengan aku mood magic?

Merah menyala Maybelline ni pun ada dan sangat ''moist'' dan yang paling penting, bibir sangat sihat tidak elergik.

Dan ini juga, Maybelline.



Gara2 lipstik ni la aku merana 1 minggu. Teruja mencuba lipstik Ida kerana tergoda dengan warna yang menawan hingga lupa diri tak sekebal orang lain TT__TT


2 comments:

ctZue said...

nak tengok bibir seksi plis..hehe

Teacher Hafizah said...

oh tidakkkkk.

skrng sudah baik lor