11 May 2012

~KURSUS PELAKSANAAN DASAR 1MURID 1SUKAN~



Kepada:
Semua Pengetua/Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Kinta Utara

KURSUS PELAKSANAAN DASAR 1MURID 1SUKAN SEKOLAH PERAK 2012

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan kursus tersebut di atas akan diadakan seperti ketentuan berikut :

Tarikh : 14,15 dan 17 Mei 2012
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : SK Pinji, Ipoh.

3. Untuk makluman tuan, kursus tersebut akan dijalankan mengikut jenis permainan yang telah ditetapkan pada hari-hari tertentu. Peserta kursus diminta membawa pakaian sukan dan peralatan yang sesuai dengan permainan yang dihadiri semasa kursus. Peserta juga diminta membawa satu salinan buku akaun bank dan surat panggilan untuk tujuan tuntutan perjalanan.
4. Untuk pengetahuan tuan, semua surat dan jadual yang berkaitan bolehlah dapatkannya di 'pigeon-hole' sekolah masing-masing.Sekian, terima kasih.


UNIT SUKAN
PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN (HEM)



....................................................................................................

Copy paste dari Portal PPD Kinta Utara. 


Sayalah guru yang bertuah (?) dipilih mewakili sekolah saya untuk menghadiri kursus ini. Itu pun tahu 4.17 petang tadi selepas ditelefon kerani pejabat. Dalam banyak2 guru yang gemar bersukan, dipilihnya guru yang berasal 'academic-oriented' sejak zaman sekolah dulu ni. Betul la tu kot. Sebab tengok CV cikgu yang tak aktif bersukan dulu2, maka wajib dipilih golongan ini menghadiri kursus TT__TT

Kebetulan, agaknya PPD pasang 'spy' sebab semalam saya memborong 3 baju sukan yang cadangnya nak dipakai ke sekolah dan 'jogging'(?). 3 baju sukan baru untuk 3 hari kursus. Seperti tertera, guru diminta membawa pakaian sukan dan peralatan yang sesuai dengan permainan yang dihadiri semasa kursus. 

No comments: