07 May 2012

~Berjimva bersama tersayang2~

Sabtu lepas aku, Kak Olie, Kak Non dan Mira ; berjimva2 sakan. (ni bahana silap tekan 'v' menggantikan 'b' dalam ejaan tersebut semasa post di FB)

Sepanjang pemanduan ke KL petang Jumaat, radio asyik buat pengumuman jalan2 utama di tengah2 bandaraya KL akan ditutup sempena perarakan hari wesak bermula 5.00 petang hingga ke 11.00 malam. Maka, dengan pantas plan asal bertukar. Asalnya nak ke GM Klang dulu baru ke Kenanga Wholesale Mall. Sebab takut terkandas dalam jem, maka ke Kenanga dulu. Keluar pukul 9.15 pagi, jalan di KL masih lancar la, kecuali depan PWTC. Mungkin sebab ada pesta buku. Terus ke Kenanga. Parking masih free. Sebab sampai awal, kena parking tingkat 10! Rupanya parking di tingkat 9 dan ke bawah dibuka untuk orang2 yang datang lebih lewat daripada kami! Mana tahu....

Mall sangat selesa. Kalau dulu kedai2 wholesale ni di sepanjang Jalan Kenanga. Masalah biasa kalau nak ke kedai2 tu ialah parking. Memang susahhhh sangat nak dapat. Tapi sejak ada mall, parking dah banyak. Tiada masalahlah, asalkan anda sanggup keluar awal.

Teruja! Membeli ala kadar sambil cuci mata melihat kakak2 memborong baju2 anak perempuan masing2 yang cantik2. Selepas makan tengah hari pukul 2 petang, kami bergerak ke Klang. Seperti aku pernah pergi dulu, GM sangat sesak dengan manusia. Aku lebih suka Kenanga daripada GM. Tapi nanti GM pun bakal ada bangunan sendiri macam Kenanga. Harap tak sepanas dan sesak seperti sekarang, walaupun ada aircond tapi panasnya...ya ampun.

Di GM jugalah aku dapat selsema (selsema ke selesema?). Dua kali aku pergi, dua kali jugalah aku selsema. Nampak sangat aku tak tahan habuk2, suasana ketat sendat dengan manusia dan barang2.

Sampai rumah Ida dah malam. OK lagi. Pagi Ahad dah tak selesa. Rasa nak demam. Pagi mendung, sama macam badan aku kot. Tengah hari aku gerak balik sebelum aku demam dan terkandas di KL. Selamat pulang dan selamat sampai di rumah.


No comments: