06 April 2012

~Tuntutan melampau Dong Zong bukan semangat 1Malaysia~

Assalamualaikum


Entri serius.

Tadi aku ada terbaca rencana di Berita Harian 6/4/2012 oleh Jamhariah Jaafar berkaitan tajuk di atas. Nampak gayanya makin banyak yang dituntut yang bila dilihat betul2 memang terserlah 'tidak sedar diri' mereka. Kata Prof.Ridhuan Tee , orang Cina di Malaysia 'ultra kiasu'. Takut macam2. Takut hilang jati diri anak Cina la....macam2. Carilah buku tulisan beliau. Sedangkan beliau yang berbangsa Cina sudah geram dan marah, apatah lagi kita orang Melayu. Beliau beragama Islam dah dikatakan tukar jadi Melayu, kata beliau lupa diri tak nak tolong bangsa sendiri.

Mari kita lihat tuntutan2 Dong Zong. Sebelum itu, bagi yang tidak tahu, Dong Zong ini ialah Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina Malaysia yang sangat taksub sekolah vernakular Cina. 

1) Memindah keluar semua guru yang tidak mempunyai kelayakan Bahasa Mandarin peringkat SPM dari sekolah rendah Cina.

**Berapa kerat guru yang boleh menguasai BC di Malaysia ini terdiri daripada kaum selain Cina? Sedangkan ada pelajar Cina tidak mahu ambil risiko mengambil subjek BC dalam SPM, macamana boleh mereka letak syarat ini untuk guru2 yang mengajar di SJKC? Berapa ramai guru Cina berbanding guru Melayu? Kalau begini keadaannya, mungkinkah ijazah pendidikan 10-20 tahun akan datang mewajibkan bakal guru menguasai BC sebagai syarat menjadi guru? Ini negara majoriti Melayu atau Cina ye? Dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 152: 

Bahasa kebangsaan Malaysia ialah Bahasa Melayu, tetapi tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan.

Dulu, kaum Cina seboleh2nya menolak SK dan mempertahankan SJK, kita Melayu yang lembut hati bagi je apa yang diminta. Sekarang, minta lagi, rasanya cukuplah apa yang dah diberi dulu. Kalau tuntutan tu diterima, memang 9:10 guru di SJKC ialah guru Cina atau tidak mustahil 10:10 gak kan. Makin tak pandai bertutur BM la pelajar2 tu.


2) Menyediakan kursus khas untuk guru Bahasa Mandarin yang mengajar BM dan BI bagi tempoh sekurang2nya 3 tahun, bagi membolehkan mereka layak untuk mengajar ketiga2 mata pelajaran Bahasa Mandarin, BM dan BI.

3) Membuat reformasi silibus latihan guru bagi memastikan lebih ramai guru boleh berbahasa Mandarin yang diperlukan di sekolah Cina.

*Wow! Marveles! Kenapa tidak 'membuat reformasi silibus latihan guru bagi memastikan lebih ramai pelajar boleh berbahasa Melayu di sekolah Cina' memandangkan ini negara Malaysia yang gah slogan 1Malaysia bukan negara China, BM bahasa kebangsaan tau :P


4) Mengkaji semula Akta Pendidikan bagi memastikan sekolah vernakular diberi status sama dan dijamin kedudukannya sebagai sebahagian sistem pendidikan kebangsaan.

** Apa selama ini sekolah vernakular tak diiktiraf ke? KPM tak bagi dana untuk SJKC ke? Memang PIBG SJKC kaya. Ibu bapa sanggup bayar yuran PIBG anak di SJKC awal2 walaupun RM50/keluarga, tapi tidak mampu bayar yuran PIBG anak di sekolah menengah RM30/keluarga hingga hujung tahun. Sekolah menengah kan aliran kebangsaan.....


'Ultra kiasu', menyebabkan mereka tidak boleh menerima kenyataan Bahasa Melayu bahasa kebangsaankah? 

Takut jika bertutur BM anak mereka hilang 'Cina'nyakah? 

Rasanya, isu SJKC tak akan habis sampai bila2. Mujurlah ini Malaysia, bukan Indonesia atau Singapura. Anda patut bersyukur masih dibenarkan semua yang berkaitan kaum dan bahasa ibunda anda.


Bukan entri pro atau pembangkang, tapi ini dari kaca mata pendidik yang tidak bias kepada mana2 pihak. Hasilnya telah ada sekarang di mana ada pelajar tidak pandai bertutur malah ada yang tidak faham apabila guru bertutur Bahasa Melayu. Ada juga yang salah faham cikgu tegur, dia fikir cikgu maki dia, pastu naik angin, nak pukul cikgu. Kes cubaan memukul, membaling objek kepada guru dah banyak kita tahu. Malah rakan2 saya juga pernah lalui situasi ini. Saya, alhamdullillah, setakat kes 'di mulut bukan di tangan'. Warga pendidik mesti pernah jumpa situasi ini kan. Bukan mengharap anak anda skor A dalam BM setiap kali  peperiksaan, cukuplah jika boleh bertutur, faham apa orang lain cakap dengan betul. Kata bahasa kebangsaan kan. Tidak menafikan subjek BI sebagai bahasa antarabangsa, tapi kalau bahasa bumi yang anda pijak belum diteroka, macamana hendak meneroka bahasa luar? Sangat sakit hati bila ada tukang terjemah bila berjumpa ibu bapa pelajar semasa Hari Kad Laporan. BM tak faham, BI tak faham, akhirnya datang jurubahasa.

No comments: