10 April 2012

~Jom Main Mmmmm ---> Sahibba~

1 lagi bukti aku  bukanlah outdoor type : aku macam dah tersyoq main Sahibba dengan budak! Kah3. Mana la balik kampung mak cakap badan dah naik. Wow! Perubahan betul!

Nak kata happy sangat dok kat Ipoh, weh, keje di sekolah baru pun banyak gak setanding sekolah lama, bezanya kurang stress bahagian pengkeranian la kot. Sini stress mengajar kelas peperiksaan, 1 kelas paling hadapan dan 1 lagi kelas paling belakang. Bijak sungguh pihak pengurusan mengatur kelas aku dengan kelas tengah (yang kategori 'agak gemar') telah ditarik dan diganti dengan guru lain. Dulu sebelum pindah aku doakan aku either dapat pindah or dapat sambung Master, dan aku hantar kedua2 application. Alhamdulillah, doa makbul. Kat sini everytime nak masuk kelas aku kena study dulu. That's what I like the most, be prepared. Dulu, kalau aku kelentong pun budak tak sedar, tak payah study bagai nak rak sebab soalan2 adalah as expected, sekali study untuk semua kelas, sini dah tak boleh :P

Berbalik kepada Sahibba. Terus terang aku tak pernah main dengan serius Sahibba ni, takat tau kena susun bentuk perkataan. Alih2, aku kena jadi pengurus/jurulatih pasukan untuk Pertandingan Sahibba Daerah Kinta Utara. Maka, cikgu dan anak murid belajar dan main bersama2. Ada sorang anak murid aku yang agak pro main Sahibba, kita kongsi ilmu ye. Sepatutnya pertandingan diurus oleh guru permainan dalaman, tapi entah macamana PK Koko minta aku pergi mesyuarat seterusnya aku la secara rasminya yang akan kendalikan latihan dan lain2 berkaitan pertandingan Sahibba.

Aku bukan mengeluh ye di sini, aku suka plak terlibat dengan Sahibba ni. Budak2 tu pun kelakar. Sebenarnya syarat pertandingan menggalakkan penyertaan campuran lelaki dan perempun tapi yang datang latihan biasalah kan, mesti budak perempuan. Maka senang cerita, ambil sahaja budak2 perempuan ini.


2 orang sebelah kiri tu termasuk la yang bakal pergi lawan. 3 peserta, 1 simpanan. Lagi 2 tak kelihatan. Alia paling kiri dalam kelas mula2 dulu tengok sangat pendiam, ari ni masa latihan, mak ai, mulut dia! Nauzubillah. Rupa2nya..... Najwa si kecik, suara sangat comel, 1 hari entah berapa kali nak salam dengan aku, rasanya semua cikgu dia buat macam tu kot, ke dengan aku je? :P Siap nak peluk cikgu. Macam2 kau Najwa. Ni bukan Najwa Latif  ;P

Nampaknya aku tak suka permainan guna fizikal, aku suka guna mental! Tu pasal sejak sekolah tak aktif sukan :P



p/s: Apa makna kalau kita mimpi ada orang selamatkan kita dari ular yang dia sendiri baling? Nampak agak takde keje kat situ kan, dia baling pastu dia sendiri yang tolong :P

2 comments:

ctZue said...

wahh...tu nampak mcm org tu nak jd hero..nak tackle mu mek..hehe

Teacher Hafizah said...

wah2. itu maknanya ye