Tiap kali aku lihat wajah kecil
Minta ilmu tanpa jemu.
Awal masa menadah tangan
Membaca doa penuh khusyuk
Menghulur salam
Mencium tangan
Sejuk hati mata jiwa.
Marah aku kerana sayang
Hukum aku kerana kasih
Hari ini engkau menangis
Moga esok tidak menitis
Walau setitis.
Hari ini kau tunduk hormat
Esok lusa mungkin kau lupa
Ikhlas aku tidak marah
Moga kau jadi anak berguna
Menabur budi menanam jasa.
Sayang, hari ini kupanggil sayang
Sampai mati tetap kusayang
Baik jadimu aku kembang
Buruk olahmu aku yang sumbang?
Minta jauh wahai sayang.
Aku belajar jadi ikhlas
Bila sekelilingku penuh rahmat
Basah lidah dengan Yasin-Mu
Bergema memecah hening Jumaat.
Aku belajar jadi ikhlas
Seilkhlas terdaya
Besar amanah, besar bebannya
Atas batu jemala.
Aku belajar jadi ikhlas
Buang rungut, pungut syukur
Agar kukuh iman dan takwa
Walau tahu aku tak seberapa
Bukan insan besar lagi mulia
Aku hanya guru biasa.
## Zue, tiba2 aku terfeeling puisi ni pe hal???
3 comments:
waaa....mantap..jiwang sungguh mu mlm ni mek..hee
waaa....mantap..jiwang sungguh mu mlm ni mek..hee
mau tau la
Post a Comment