05 January 2012

~Alhamdulillah, jalan dibuka sebaik2nya di sini~

Hari k-2 mengajar di tempat baru. So far so good. Baru 2 hari mana bleh judge apa2 kan. Sebelum buka sekolah aku cuak jugak la sebab kawan aku yang dapat transfer ke Ipoh cakap Ipoh ni ramai cikgu2 senior, berkhidmat berbelas2 tahun kat satu2 sekolah. Aku yang tahun-berkhidmat-tak-berapa-banyak ni nak masuk tempat2 otai....cuak aku.Dengar pengalaman dia mula2 lapor diri dapat environment yang tidak mesra, ada group2 tertentu, otai memang tak layan junior, nak g makan kat kantin pegi sorang, sampaiada hati nak balik bertugas di sekolah lama. Teruk sangat ke?

Alhamdulillah, cikgu2 sekolah baru aku tak sombong. Otai macamana pun, bila masuk bilik guru boleh je bagi salam, tegur junior. Siap ajak g makan kat kantin sama2 lagi. Tadi ada cikgu laki tak ingat nama pe tah bawak rambutan dari Manjung katanya. Aku dah nak muntah tengok rambutan kot sebab sepanjang cuti ari tu mengadap rambutan je :P. Kak Faridah (depa suh panggil mak aji) baru balik Mekah bawak balik ole2 dari Mekah. Port luck sakan. Diorang tak sombong. Alhamdulillah.

Hari pertama masuk mengajar, masuk bilik guru dan tercangak2 nak cari tempat kosong nak tumpang duduk. Bilik guru sangat kecik berbanding sekolah lama aku dulu, tapi ada aircond, sekolah lama tak de ye. Sebab nampak huduh bebenor tercangak2 cari meja, maka kakak2 senior siap wat announcement lagi tolong cari tempat. Tumpang duduk kat tempat cikgu petang. Kebetulan jiran sebelah meja yang '2 alam' cakap cikgu yang duduk di meja aku tumpang tu dapat transfer ke Melaka. I'm so lucky person la. Saat semua kena susah payah cari meja kosong nak duduk (yang memang dah tak depun), aku dapat dengan senang. Alhamdulillah.

Sesat mencari kelas adalah perkara biasa di tempat baru...dan situasi biasa awal tahun. Label cakap 3A1, tapi isinya 3A3. Mana aku tak sesat. Selamat tinggal dunia Penyelaras Tingkatan, tahun ini saya Guru Tingkatan sahaja. Hehehe. Harap register aku cun la ye. Dulu2 aku semak register orang lain, tahun ni aku jaga register sendiri, malu btol kalau comot :P

Disiplin pelajar trkawal. Sampai hari pertama pergi meeting guru PK HEM cakap pasal masalah disiplin paling teruk adalah ponteng kelas atau ponteng sekolah, tu pun tak berapa kerat manusia...aku sangat pelik/kagum.

"Kak, sini tak de budak gaduh2 kluar masuk balai ke? Betul ke paling teruk kes ponteng ngan lewat je?"

Aku betul2 rasa pelik bin ajaib. Kira budak2 sekolah ni bagus la ye. Berganda-tidak-ganas berbanding anak2 aku dulu yang tak segan silu cakap lan***, mah**, puki*** etc. Dah imune telinga aku ni gamaknya.

Lagi 1, aku rasa suara aku sangat kuat di sini. Biasa la, dulu kan mengajar macam menjerit. Ni kelas baik2 je, tak bising, rasa suara aku kuat giler lah!

Aku dah masuk kelas Science. Matematik belum bermula sebab pelajar Ting. 1 RK dan 1 KA belum datang ke sesi pagi. Diorang orientasi di sesi petang dengan pelajar Ting.1 yang lain. Next week baru datang pagi. So, minggu ni aku goyang kaki skit la ajar 2 kelas je untuk Sains.

Kat sini aku jumpa kawan batch aku kat USM dulu. What a small world!

Kalau environment bagus, bleh stay lama2 kat sini, berumah dan bertangga di sini. Aku rasa sebab tu la kot cikgu2 sekolah ni kebanyakan mengajar over than 10 years tak rasa nak tukar2 pun. Sekolah lama mengikut cakap kawan2 adalah sekolah transit, so aku pun transit je la kat sana. Hahahaha.

"Hafizah ikut sapa bertukar ke sini?''

"Saya ikut diri sendiri kak :P"

Sungguh layor buruk cikgu baru ini. Takpa, depa sempoi!


4 comments:

Lizzie Yasmin said...

tak payah dalam kelas, dalam keta pun suara kak ijah dah kuat.. hahaha.. Ampun.

Fiza Noor said...

salahkan anak2 apek yg ckp kuat mnyebabkancikgu depa ckp overkuat :P
ok, pasni kak ijah sopan :P

ctZue said...

waa..best2..bila aku nak pi melawat hg ni pijah..hehe..ko stay jela lelama kat ctu..lagipun dekat dah kalo nak blk kg kan..kan..

Fiza Noor said...

meh la zue. rmh aku ada 2 baby kittens cute ni