19 April 2011

~Mana suaraku?~

Semalam sudah sakit tekak dan suara sudah mula menghilang ----> 60%.

Hari ini, selepas berjemur panas terik di padang dengan team bola jaring di SMKLK, suara sudah hilang hingga 90%. Tadi aku tahan aje tak jerit masa team aku lawan. Macamana nak jerit kalau cakap pun tak keluar suara?

"Huiyyo! Dasyat suara cikgu!"

"Mau tau la."

Sampai ke rumah lepas hantar budak balik ke sekolah lebih kurang 3.30 petang. Panas tadi, dapat la pakej migrain sekali. Tu pun dah pakai sunglasses, kalau tak pakai, sure kat sana tadi dah migrain.

Balik, kol Mr. Aben dia tanya team. Sembang2 kejap sebab dah penat. Malam ni pun dia ada game bola dengan kawan2 dia. Ok.

Malam dia kol lagi dan time ni suara memang kronik giler. Leh plak dia cakap sambil gelak2,

"Tak paham! Tak paham! Cakap Bahasa Melayu. Hahahahaha"

Yela, aku tengah cakap guna Bahasa Jerman tadi kan. Teruk la kamu!

No comments: