21 April 2011

~ Kempen 1 hari susut 2 kilo~

Hari pertama dalam kesakitan turun 2 kilo. Agak2 kalau 2-3 hari sakit ni turun 5 kilo x? Ni sakit fizikal. Tak termasuk sakit hati lagi. Campur dua2 boleh kurus kering la kan.

Semalam ke klinik mencari penawar sebab sudah kena gejala batuk hingga suara pun tidak mahu menghampiri aku. Dari boleh bertutur Bahasa Melayu dengan lancar dah didengar macam bertutur bahaza nazi. Semua tidak faham termasuk doktor itu semalam. Bukan tu saja, aku dapat pakej buy 1 free 1. Batuk + migrain.

Hasilnya, semalam MC untuk mengelak diketawakan dan tidak difahami dari pukul 1.15 hingga 6.45. Suara aku sumpah, bukan seksi lagi tapi seksa.

Oh, ya. Balik kepada perenggan pertama. aku timbang mass kat klinik.

1 hari sakit batuk2 kuat = mass turun 2kg.

So, kalau anda nak kurangkan berat badan, sila la buat2 batuk kronik sebab goncangan badan tahap tsunami ditambah tak lalu nak makan bisa buat berat badan susut : 1 hari, 2 kg.


Ada yang nak try Kempen 1 hari susut 2 kilo?

No comments: