11 March 2011

~Wed's observation: success!~

Selamat hari Jumaat. Redup sungguh dengan hujan rintik2. Esok cuti sekolah ye anak2. Heeee!

Alhamdulillah, observation Rabu lepas selamat dan.....ok. Result pun dah keluar dengan % yang boleh buat aku senyum. Kak Zahrah, guru cemerlang observe p&p kelas 1E dalam makmal. Budak pun behave. Bagi aku, budak2 ni macam takut jer mula2 Kak Ara masuk. Kak Ara mukanya serius, cikgu Form 6 kan...So, nak jawab pun ala2 takut tak macam selalu berebut2 nak angkat tangan. Macam sopan giler la! Pas 1 masa baru la nampak diorang tak berlakon macam tadi, kembali normal. Huhu!

Kawan aku cakap kalau Kak Ara komen, tu memang betul2 sincere dan benda tu benda yang betul. Kak Ara bukan stok cakap merapu. Over all, Kak Ara puji P&P aku dan dia nasihat perlu perbaiki here and there sikit.

1) Jangan open question kat keseluruhan pelajar tapi select nama2 tertentu. Baru boleh tau budak tu faham ke tak.

2) Penilaian buku pelajar plak, select soalan2 tertentu yang menguji kemampuan pelajar dan beri markah. Contoh, kalau pelajar label 5 of 6 structures of cell correctly, tulis markah 5/6 dalam bulatan.

3) Aku selalu puji "GOOD'' untuk jawapan yang betul. Why not aku clap hands for him/her? tepuk sekali jer, macam tepuk Pengakap. Aku cakap kat Kak Ara, penah buat tapi budak tepuk panjang giler. Dia gelak dan cakap boleh, ajar diorang tepuk sekali untuk jawapan yang betul.

Lain2: OK.

Aku rasa nak ubah kedudukan every classes aku ajar. Ni dah Mac, so dah boleh kenal kemampuan pelajar. Dulu aku susun nama budak dalam makmal guna sistem nombor jer. Tak kenal lagi kan. So, after school holiday, hope kedudukan dalam makmal dah berubah. Yang agak lemah dan suka main2 dok di meja depan dalam makmal. Kedudukan dalam kelas pun kalau boleh nak ubah.

So, untuk cikgu2 baru, GSTT atau baru praktikal ke hape; jangan takut kalau kena observe sebab tu nak tolong kita improve bukan nak cari keburukan kita.





Sorang anak murid tanya, ''cikgu student lagi ke?'' masa aku ronda diorang wat keje dari meja ke meja masa observation ari tu. ''Semua cikgu pen kena macam ni, bukan time belajar nak jadi cikgu dulu2 jer." Hei, cikgu ajar korang macam biasa tiap2 hari tu kan cuma hari tu cikgu tambah sound system jer walaupun bunyi2an tu lastly sorang pun tak dapat tangkap sebab rap Systems In Human Body tu laju sangat. ''Cikgu, dia cakap Korea ke?'' Nasib baik back-up lyric tu bagus. Hampeh korang!

No comments: