09 March 2011

~Esok petang bakal rap-ing dengan kelas 1E!~



Doakan PA sistem dalam Makmal 1 esok ok sebab aku jumpa benda best nak kongsi dengan anak murid. Hope depa behave sekali la. Kang over rapping plak kan.

Esok Guru Cemerlang Kimia nak observe aku mengajar. Ala, benda biasa la setahun sekali ke dua kali kena observe. Komen2 sikit, betulkan apa yang patut. Ni kerja tolong menolong, bukan kutuk mengutuk. Pn. Zahrah ni sangat bagus. Kira apa dia nasihat esok memang 99.9% betul dan bukan tokok tambah. Beliau bukan jenis suka cakap merapu, nasihat beliau memang boleh pakai!

Walau pun selalu mengajar guna power point, OHP, lukisan, hand-out macam2...tapi bila nak kena observe ni cuak jugak. Maka, malam ni gigih betul wat revision. Hahahaha. Blakon!!!

Eh, jahat korang. Aku suka mengajar, maka aku betul2 mengajar, bukan mengajar time kena observe jer.

Memang la tak selalu boleh guna ICT semasa P&P, mana mungkin boleh kejar silibus kalau asyik kejar nak mengajar secara happening. Sistem P&P Malaysia ada banyak silibus yang perlu dikejar tau! Kalau tak ikut silibus nanti kena menjawap masa post-mortem peperiksaan plak. Macam2 kan, banyak terikat dengan silibus, masa, keadaan....so, bila tengok video cikgu2 di overseas kadang2 kagum betul bila dapat mengajar dengan enjoy dan boleh buat macam2 dalam kelas. Ni, aku excited nak cerita something general knowledge je pun tak de masa nak share dengan budak2. Tapi hari tu buat2 sempat je la, patutnya cerita pasal light microscope tapi aku terlajak sampai electron microscope. Budak pun excited sebab baru guna light microscope pun dah kagum giler boleh tengok onion cells ni kan pulak aku cakap electron microscope tu leh tengok clearly apa ada dalam onion cell hingga tahap boleh tengok atom.

"Teacher, what is atom?"

Ok, we'll learn bout it in chapter 3 bla...bla...bla...

Tu la, jangan bagi overdose sangat. Macam makan ubat gak la, overdose minum ubat batul boleh lalok! Kan dah keluar soalan sebelum silibus sebenar bermula :P

No comments: