13 February 2011

~Lu sasau ke beb?~

Ke hadapan isi dompet tercinta,


Sayang, saya makin sedih sebab awak makin kurus sekarang. Semalam saya belanja tak hengat kat Jalan TAR. Lagi2 bila saya sudah import sorang pembeli barang tegar dari Bentong. Saya keluarkan awak bagi kat banyak orang. Mula2 saya bagi awak kat makcik jual nasi, tak pe la yang ni awak tolong saya tambah tenaga sebab saya nak kena jalan2 sampai petang yang redup.....oh, bukan petang sangat la,saya balik malam. Kemudian ada sorang brader tu cakap ''adik, blous cantik, 2 RM30.'' Haah, btol la cantik. Brader, lu ni rabun pe ingat saya ni budak2 U lagi ke? Dah tua dah T__T. Saya berkenan sangat blous putih tu, putih kan lambang kesucian. Saya tengok Ina, Ina cakap ''apa lagi, hang 1 aku 1.'' Saya tengok awak, eh tak, tak tengok lagi pun, baru terpikir, pastu awak kata 'takpalah, demi awak dan kesucian...lagipun brader tu kata awak cantik, saya bangga jap ni.' saya bayar RM30 kat brader tu. Pasni Ina kena bayar balik RM15 kat aku la, takde maknanya aku blanja dia sebab dia dah dapat elaun khas dari hubby dia. Hahahaha. Kemudian jalan lagi. Saya kan nak cari beg sandang baru untuk awak duduk dengan selesa. Beg lama ni dah banyak koyak sebab saya selalu isi awak sama2 dengan En. Nick-yang-besar-dan-berat. Cian awak selalu sempit kan. So, saya decide nak cari 'rumah' besar sikit kat awak. Pastu, awak demand, nak rumah kaler merah jer. Kaler lain takmau, pastu takmau rumah sempit2 lagi dah. Ooo, demand ye awak. Penat saya jalan tau, sampai hujung Jalan Masjid India baru dapat rumah baru, eh, beg baru kaler merah. Yang ni, sungguh cepat awak nak keluar dari dompet saya kan, awak memang tak sayang saya mentang2 yang jual tu awek baya2 budak form5. Benci! Awak cakap tak, awak sayang saya, yang keluar bertukar tangan p kat awek jual beg tu cuma pembantu awak jer. Awak nak dok dalam rumah baru. Cet. Hilang RM25! Bersyukurlah dapat beg merah baru =__= Pastu, Muaz! Eh, dia ni berhantu la. Semua pakai longgok2 jer. Pastu ramai plak manusia suka kat dia daripada makcik, atok,kakak, adik, adik2. Muaz ni bukan pakwe baru, ni kedai tudung, kain ela, baju2 etc. Tudung apa nak? Syria? Shawl? Awning? Pusing? Tak pusing? Last2 kepala aku yang pusing. Tudung awning RM2, tak ke harga gila tu! Bagi lagi awak kat mamat bangla cashier Muaz tu. Awak redha je la. Bye2 sayang, awak dok dengan bangla tu k. Kan, tengok, awak tak merasa dok dalam beg merah tu kan. Ada lagi saya beli, tapi tak mau la cerita kat sini, malu la semalam saya tamak sangat. Tapi awak sayang saya, awak tak kisah pun saya bagi awak dok dengan orang lain pun, awak rela jer. Awak ni sayang saya ke tak?




Yang benar,
Penyimpan isi dompet (sementara)
p/s: saya sayang kamu!

2 comments:

ctZue said...

hahahaha..lu mmg sasau beb!

fiza_noor said...

ngeh3. lu pun sasau gak beb. hehehe