20 February 2011

~Kata sharing is caring.......dan aku belajar jangan ikut lemah orang lain~

Panas terik memaksa kaki berulang alik ke kantin mencari air masak. Bekal air di bilik guru dah habis, kena la cari stok. Ramai cikgu pagi melepak selepas waktu sekolah. Kebetulan masa tu aku tak de kelas. Tumpang sekali makan bubur cha-cha. Manis giler! Aku dok dengan Kak Maizan, Zati dan Kak Najwa. Sebelah kami ramai la warga pagi lain, umur baya2 aku jugak. Walaupu Kak Mai dengan Zati tu dah ke pagi, hakikatnya hati masih di petang. So, kalau ada pilihan masih duduk makan, borak dengan geng2 petang. Sambil makan dengar sorang2 mencanang cerita kelemahan masing2 selepas melalui zaman perkahwinan. Tak sangka suka dan gembira berkongsi sampai gelak mengilai2. Mujur anak2 murid dah masuk ke kelas.

"Aku tak reti isi minyak kereta."
"Habis sapa yang isi?"
"Laki aku la."

Habis kalau laki out station sebulan, macamana? Minyak dalam tangki boleh tahan sebulan?

"Akak plak tak reti isi angin keta. Macamana ek nak isi?''

Semua pun hahahahaha. Kak, kalau tetiba nak kena emergency nak jalan jauh, nak kena check angin tayar, macamana nak buat?

"Aku pas kawen tak penah p bayar bil. Semua laki aku yang buat. Dah lupa macamana nak p bayar.''

Untung akak bersuami begitu. Tapi kalau tetiba suami sakit, tak boleh g bayar bil macamana?

Aku tengok Kak Mai, Kak Mai tengok aku, dan kami......senyum :)

"Teruk la kalau macamtu Fizah. Takkan semua nak harap laki kita buat sampai ke hal yang remeh temeh macam tu. Suami ada banyak benda berat lagi nak kena fikir.'' kata Kak Mai slow2 kat aku.

Mmmmmm. Betul juga. Dah terdengar, buat iktibar je la, jangan jadi begitu nanti. Kalau 100% mengharap suami, apa pula sumbangan isteri? Takkan menjaga makan pakai, kerja rumah dan kilang anak jer? Suami pun mengharapkan isteri tahu berdikari menyelesaikan kerja2 remeh begitu.

Pernah di masa yang lain aku mendengar 'sharing' pasal keburukan suami masing2. Masya-Allah. Aku tak mahu cerita. Aku mengenangkan apa perasaan suami2 itu kalau mendengar isteri tercinta bercerita hal2 di rumah secara berjemaah. Dan kebetulan lagi aku mendengar 'kisah dan teladan' tu dengan Kak Mai. Kak Mai boleh dianggap senior la, umur dah 40-an tapi tetap maintain muda. Bila kami dengar kisah2 macam tu, kami diam, kami senyum. Ye, aku tak kawen lagi tapi aku tau adab 'menjaga cerita dalam kain sendiri' jangan sampai mengaibkan pasangan walaupun dalam kalangan kawan2 kamceng. Malu la aku dengar. Tu la jadi bila berkumpul ramai2 dan dah tak ada topik hangat semasa nak dibincangkan.

Aku bersyukur diajar berdikari sejak mula lagi. Kalau takut memandu jauh, aku tak balik kampung. Kalau takut bertanya, aku sesat. Kalau aku pendiam, aku tak ada kawan. Dulu aku kerap juga bertanya harga barang2 yang aku minat time window shopping kat 'dia' tapi 'dia' buat2 tak layan dan tanya aku balik, ''orang ni tokey kedai ni ke? Nak tau tanya la kat tokey tu.'' Dan alhamdulillah sekarang aku dah tak buat benda tu lagi. Betul jugak, nak tanya harga tanya tokey kedai la, watpe tanya orang yang datang sekali dengan kita. Hari tu jalan2 dengan kawan lama yang dah berkahwin dan kawan aku ulang soalan yang sama kat aku tiap kali tengok barang yang dia berkenan. Aku nak gelak gak, teringat aku dulu2 macamtu dan selalu kena sound. Dan satu hari aku cakap kat 'dia', ''awak, sekarang orang paham apa perasaan awak tiap kali orang tanya harga barang yang orang berkenan kat awak.'' Dia senyum. aku dah diajar berdikari sebelum kawen dan harap kekal sampai sesudah kawen.

Aku belum kawen, orang belum kawen biasanya sangat berdikari. Macam kawan aku kata, dulu sebelum kawen boleh drive g mana2 saja, tapi bila dah kawen stereng kereta tu macam dah diturunkan kuasa untuk kegunaan suami jer. Isteri jadi ko-pilot. Bukan dulu berjanji nak share semua sama2 ke? So, kalau kisah share semua sama2, apply la even masa driving. 'U penat? Takpe, I drive pulak.' Baru betul2 sharing everything. Bukan semua benda boleh diharap pada suami, tapi kena ingat bukan semua benda juga kita boleh buat sendiri. Pikir apa yang sesuai pada masa yang sesuai.

Kenapa malam ni aku serius ye? Aku tengok cerita anjing2 bijak kat Antartika kat TV3 ni. Kalau anjing pun boleh pikir inikan pulak kita manusia. Apa yang perlu disimpan, harap simpan. Jangan buat semua orang tahu cerita suami, isteri, anak dan rumah tangga kita. Nak ke nanti tetiba kita terdengar orang berbisik, ''oooo, ni la suami si ........ yang kelam kabut nak buat apa semua tanya....... yang dia cerita ari tu ye.'' Harap dijauhkan.

2 comments:

fariza fauzi said...

betul tu cikgu...
sama2 handle rumahtangga la kan...
xkn suami nk buat semua...

fiza_noor said...

haah cikgu fariza-to-be :)