20 January 2011

~Patut ke aku sain perjanjian Ujrah 1% PTPTN ni?~

PTPTN buat tawaran ujrah dari 3% turun ke 1%. Tapi bila baca banyak sumber pasal ujrah ni, aku jadi pening. Patut sain ke tak? Arghhh!
Ini cerita macam bagus. Ini plak cerita sebaliknya. Kalau nak tau, aku grad 2006. Sebelum ni PTPTN dah turunkan 4% masa perjanjian pinjaman aku dulu ke 3&. Sekarang ada tawaran ujrah ke 1% plak. Aku dah buat 2 salinan, dah mintak tandatangan parents aku, photostat ic parents aku. Tapi bila terbaca semua ni, aku jadi was2. Sapa yang paham tolong pahamkan aku pasal bende2 ni. Aku kalau pasal kira2 ni agak looser skit. Tak faham sangat. Bagi aku soklan Sains ok la, Math...sorry der. Kalau ikut yang aku faham, kira2 ujrah ni bukan kira dari jumlah pinjaman yang aku buat mula2 dulu RM28K tapi dikira dari baki terakhir pas pertukaran ke 3%. Baki tu pun dulu dah amik kira tambahan kos pentadbiran 4%. So, maksud dia, lagi tinggi la jumlah yang aku kena bayar? Kalau aku salah tolong betulkan ye.
Aku amat hargai kalau ada sesape yang sama situasi dengan aku dan LEBIH PAHAM daripada aku untuk cerita pasal PATUT KE AKU SAIN PERJANJIAN UJRAH 1% PTPTN ni. Ade sesape boleh tolong???
Terasa macam kena cekik jer sekarang. Kalau aku kaya aku tak kisah le. Ni cukup bulan makan gaji yang agak cukup bernafas kat bandar besar ni. Bukan jumlah kecik 50 hengget. Ini cerita RM28K++ !

1 comment:

cik bebel sentiasa said...

bila pikir2 pasal PTPTPU ni rasa cam geraaaaaammmmm jer....