21 January 2011

~Briyani Serban~

Ni cerita basi skit la. Cerita semalam. Semalam kan kami kuar p jalan2 dengan Emon, ngan adik dia. Kami p Jalan TAR. Depa cari barang, kami cuci mata. Nak beli, tengah2 bulan ni, poket kempeh sikit. Padahai mata dah julin2 tengok ''oh, baju tu lawa, tudung tu lawa, kain cotton ni cun, tu...ni...arghhhh!'' Mak kami kata jangan buang duit tak tentu hala. Dak la mak, kami guna duit lebih kat makan2 ja. Hehehe.
So, pas cari barang, kami p 1 kedai briyani. Liz adik Emon cakap briyani dia sedap. Kami pun teruja sebab dah lama tak makan briyani. Tringat briyani kat Penang, hari tu balik tak sempat cari. Nyum2. Kedai makan ni kat Chow Kit. Chow kit Road, Chow Kit Road.......tringat lagi Sudirman plak. Kalau hangpa lalu Chow Kit Road, kedai makan tu dekat2 dengan Pizza Hut, sebelah kedai tudung. Nama kedai tu Thalappakattu. Kedai lain guna lambang gah2, depa guna lambang serban kaler merah jer. Sempoi! Hangpa rasa ni kedai apa? Ni kedai makan India mari wooo, Chennai mari. Banyak cawangan kedai ni.......kat Chennai la. Mula2 masuk dah kena ushar baik punya, lain2 yang masuk stok India dan anak mami. Pas dah nak licin pinggan baru ada 2 kakak Melayu masuk. Licin ke? Aku yang sebelum tu kebuluran pun tak abis makan. Banyak wo! Lauk briyani dimasak dalam nasi, so lauk tu memang rasa la rempah briyani dia. Daging pun lembooot je. Ada sup, dal dan bawang potong campur tairu. Tengok 'salad tairu' tu teringat roti nan kat Nilai 3. Hahahaha. Tapi briyani, tau2 je la, makan banyak2 muak kan. Minyak sapi kaw sangat. Sebab tu aku tak abis. Alasan! :P Tapi aku suka jus kedai ni. Kow siot! Aku order orange juice, rasanya bleh order air kosong campur dengan jus tu dapat minum 2 orang. Memang peel fresh betol. Lain kali kalau p kena order 1 briyani dan 1 jus pas tu mintak air kosong dan pinggan kosong, share 2 orang, baru romantik boleh abis makan.
Emon cakap sorang mamu tu hensem! Stok boleh jadi pelakon Hindustan la. Tapi aku ngan Liz reject, ''bulu bersepah!''. Nahi, nahi. Cukur bulu baru aku kata hensem. Hemsem ke? Tamao, tamao, aku nak laki Melayu! Hahahaha.
Depa 2 orang sangat suka briyani kat sini since depa makan kat kenduri sepupu depa kat Selayang ari tu. Aku? Aku rasa briyani kat Penang...the best! Kapitan, Line Clear, mana lagi ye tak ingat, tapi Penang lagi best. Yang ni aku cepat muak skit. Nasi dia terlalu lembut la bagi aku dan lemak minyak sapi tu sakan sangat. Emon and Liz, korang patut rasa briyani kat Penang. Nanti aku bawak. Hehehe.
Aku tak de gambaq, nak tengok gambaq tengok kat blog Lizzie.

4 comments:

MY HEART said...

Hi Fiza ^_^,

Terima kasih sebab singgah blog akak.

Jangan terasa yer. Kan akak cakap golongan Minority je yang berperangai seperti ini. Bukan semua.

Ada guru yang gigih berusaha dan mengajar. Tidak disangkal.

Jangan terasa ok? ^_^. akak memang respect dengan guru2 yang mempunyai semangat guru dan ikhlas dalam menyampaikan ilmu.

kagum sangat.

ctZue said...

tang bulu tu tak tahan..reject awai2 weh..hahaha

fiza_sensei said...

geli mak nak layan bulu2 ni nyah. hahaha

Nadhirah-chan said...

tetiba terasa nak makan lak . erkk~