14 January 2011

~Kalau kena kunci....~

Gigih btoi mengajar. Nasib baik tadi tak kena kunci kat bawah. Ok, kisahnya....
Tadi last period aku ada kelas dengan 1H, 1 masa je. Budak2 pun dah boleh tahan sebab dah nak balik. dok discuss nak beli makan apa kat pasar malam lagi! Memandangkan budak2 ni terhegeh2 buat exercises yang aku bagi,

''Ok, taksiap tak boleh balik. Siapa siap, tunjuk kat saya, baru boleh balik.''

Baru la kalut nak buat kerja laju2. Sebab denda budak2, kami turun lambat la dari blok tu. Aku bukan takut blok kelas tu yang kunci. Blok ni pak gad kunci lambat skit. Aku risau kawan aku kunci blok bilik guru jer. Laptop aku kat bilik guru lagi! Hahaha. Turun paling akhir dari blok kelas dengan 3 orang students, tolong angkut buku latihan. Jalan laju giler!

"Cikgu, Jefri tak boleh jalan laju2. Kaki dia sakit."

"Oh, cikgu lupa. Tak pe, kita jalan2 slow skit."

Dalam hati, 'Wahai Cikgu Azmi, jalan kunci pagar blok lagi. aku tak amik barang lagi. Tolong!'

Dan.....






nasib baik depa tak kunci lagi. Aku teringat si Zafran je terkunci sebab lambat sangat naik last week. Nasib baik tak kena kunci. Laptop aku kat bilik guru tu tadi, tak siap keje aku malam ni kalau takde laptop kesayangan tu.

2 comments:

Amy Syaquena said...

salam kenal.

amy singgah sini dan follow , jemput la ke sinar raudah ye!

ctZue said...

cuak! haha