05 December 2010

~Tahi lalat kat kaki: kuat jalan, tahi lalat kat tapak tangan:kuat makan ke?~



Jalan-jalan

Makan-makan


Khamis, Jumaat (dan hari2 sebelumnya. haha) aku tak hupdate blog sebab aku 'sibuk' sangat. Sibuk jalan2, makan2. Sibuk la kan. Khamis Jumaat aku pergi...... lalalalalala~

Balik petang Jumaat tu aku terus mem'busy'kan diri lagi. Calling2 hotel kat Melaka. Tell you, kitorang nak pergi jalan2 dan makan2 kat Melaka. Dah booking family's room kat Hotel *** kat Bandar Hilir. Ni kira family affair day gak la kan. Lagi pun tahun ni semua dah keje, so, boleh tong-tong. Bijak! Bijak! Hahaha. Jalan2, makan2 lagi. Bak kata teman baik, lengan aku makin bulat! Sebab ni la aku benci cuti panjang2. Sentap. Eh tak, aku suka giler babi time cuti. Adakah korang akan tegur aku bila aku sebut 'giler babi' macam Astro tegur Lisa Surihani sebut 'giler babi' dalam program Mari Menari? Ala, aku bukan cakap dalam show kat tv pun. Bleh la~~ :P

Cerita semua lari topik ni sebab banyak sangat tapi tak tau mana 1 nak cerita dulu. Lately aku enjoy tengok Oh Yeah kat Youtube (maklum le aku ni tak de Astro). Sentap budaya sindir-menyindir tu bagus ah. Hahaha. Beh blajar sikit2 tu, takde la gaduh kan. Tapi yang pasti kalau nak cakap sindir2 pun jangan angkat tangan kat bahu wat mulut ngan muka tah hape2 tu ek. Dah serhopa maknyah, nyah. Ops, tersampuk.

Kan, kan. Tadi dah cakap. Aku suka lari topik.

Dah la. Nak tido. Amik mood untuk jalan jauh. Stamina mesti kuat. Jalan2 tu kan type of good exercise except jalan2+makan2, terus jadi bad habit :P.

Ada orang Melaka baca blog cabuk aku ni tak? Nak tanya, sana ujan tiap2 ari ke panas je manjang?



By the way, tengok gambar pun dah tau kan mana aku lepas last Thursday :)


2 comments:

KizZ said...

Ish...kat johor sini ujan aje tiap-tiap petang..memang dah jadi katak bawah tempurung la kiz jawabnya..

Teacher Hafizah said...

katak kan suka ujan. xpe. kite kuar pagi2. hehe