31 December 2010

~Mesyuarat guru kali pertama sesi 2011 baru je habis~

1st meeting for 2011 session. Tugas lama dan beberapa tugas baru. Mungkin tugas lama akan diberi nafas baru. Tahun ke-2 menjadi penyelaras, 'takkan tak tau apa nak wat lagi kot'? Yes, I know! Guru Tingkatan 1 banyaknya cikgu baru posting dan cikgu2 yang bertukar dari sekolah lain. guru tahun lepas cuma Kak Norma, Kak Yat, Ang, Lydia dan Mira. Ada lagi ke aku tertinggal?

Cikgu baru hanya kenal 2-3 orang atau lebih tepat kenal muka tapi tak tau nama. Pelik jugak kenapa sekolah aku selalu dapat guru2 yang sama nama dengan cikgu2 yang sedia ada kat sekolah ni. Naimah sekarang ada 2, Rosnita, Rosanita, Hafizah, Hafiza Azura, Azmi ada 3, Hazwani ada 2, Suriati ada 2, Redzuan ada 2, Ilyana, Liyana, Aslina, Rozita, Ruzitah, Zaraida dan Zuraidah. Amboi! Ramai betul yang sama atau hampir sama nama.

Tahun ni rumah sukan Ungu dah tak ada. Rumah aku la tu. So, guru2 penasihat rumah Ungu akan dicampak sesuka hati ke rumah2 yang lagi 4 tu : Biru, merah, kuning dan hijau. Aku kat rumah mana pun aku tak tau.

Persatuan? Oh, I love this year sebab aku akan jadi salah seorang guru penasihat Kelab Fotografi. Hehehe. See..... love it!

Uniform; as usual since 2007- tekwando. Macam la aku reti tekwando. Aku ni silat cekak je la, tu pun dah ingat2 lupa buah2 yang aku belajar kat USM dulu. Ilmu tak diamal mudah lupa =__=

Mesyuarat dari pukul 9 hingga kul 4. Patut mula pukul 8 tapi biasa la, masih ramai yang mengamalkan jam dan janji Melayu, bukan janji Jepun. Kesian orang2 yang ikut janji Jepun ni kena tunggu orang2 yang janji Melayu, lambat! Mesyuarat pertama tiap2 tahun selalunya di'sponsor' oleh tokey kantin: sarapan dan makan tengah hari. 1 je aku amat malu kalau tengok kawan2 guru makan. Sungguh aku malu. Tak kira meeting kat mana2 pun, cikgu2 memang gelojoh ambil makanan, sanggup beratur panjang untuk makan free sampai kadang2 tak hirau kawan2 lain. Buat apa berebut, makanan tu dah di'budget' cukup2 ikut jumlah guru. So, mesti ada bahagian masing2. Tapi tu tak termasuk kalau ada kawan yang haloba ambil makanan macam dah tak makan seminggu la. Apa salahnya bagi cikgu2 laki makan dulu sebab depa nak p solat jumaat? Tapi tadi yang paling cepat, sorry to say la kawan, yang paling cepat ialah cikgu2 Cina perempuan. Agaknya depa nak p solat jumaat gak kot :P Serius aku malu tengok! Pengalaman......

Weh, sedar tak sedar, tahun depan masuk tahun ke-4 aku mengajar kat situ. Dah tukar jadi guru senior. aku dah ramai junior kat sini tau. Hehehe. Tapi tadi ayat paling best aku dengar ari ni,

''Kak Fiza dah keje sini berapa tahun?''

"Ni nak masuk tahun ke-4 dah. Dah tua."

"La...ye ke? Akak nampak muda. Macam baru posting tahun lepas''

????

:D


Oh adik, kembang akak ni tau tak? Hahahaha.



p/s: korang boring ke citer pasal sekolah jer 2 hari ni? nanti I citer pasal photography dan makan2 plak k. bubbye


2 comments:

Awangku Johan said...

haha.. nmpaknya sama dgn saya.. mcm2 jawatan d pegang kan?? yg plg myeramkan awal2 dah dpt panitia Geografi.. Hehe.. amik n timba pgalaman.. Eh.. kat skolah kamu ada guru posting dr UPSI ke?? hurmm maybe saya kenal kot.. Hehe

Teacher Hafizah said...

ada. tp xberkenalan rapat lg sbb ada yg dpt pg. saya ptng