23 December 2010

~2011: mengajar dan jadi lebih baik dari 2010~

Lagi sehari.....nak balik KL
Lagi 2 hari.....nak tangkap gambar kawan bertunang
Lagi 7 hari.....nak jumpa pelajar baru 2011 di Hari Orientas
Lagi 8 hari.....nak hadir mesyuarat guru kali pertama 2011
Lagi 11 hari.....nak buka sekolah
Lagi 14 hari.....nak buat streaming kali ke-2

Lagi

Lagi

Lagi


Tahun ni tak rasa nak balik lambat2 ke KL macam tahun2 lepas. Nak make sure well prepared sebelum masuk mengajar semula. Minggu pertama minggu yang sangat sibuk. So, be prepared physical and mental. Aku bakal terkejar2 menempatkan murid baru, aku bakal mengadap laptop sampai lewat malam untuk buat streaming lagi 2-3 kali.

Aku tak telefon PK Petang pun aku kena mengajar apa tahun depan. Rasanya Sains Ting.1 itu WAJIB, yang sampingan tu yang tak tau. 2010 aku kena mengajar Pendidikan Seni. Mengajar pulak kelas 2A, enjoy giler! Bawak sabun, ukir buat arca, wangi 1 kelas; menganyam, lukis poster, mengecop dll. Banyak yang budak tak tahu dan budak sekarang tak sekreatif zaman aku belajar dulu. Kalau dulu zaman aku belajar, budak2 Cina kelas aku memang kreatif dan lukisan tip top. Sekarang sama jer, apa yang aku cakap, aku bagi contoh, yang tu je la diorang buat.

"Cikgu, kamu memang suka seni yer?"

"Dulu cikgu study seni ke?"

"Cikgu pandai lukis, cikgu pandai warna, cikgu pandai....."

Cikgu kena pandai dan kadang2 berlagak pandai depan korang =__+

Kalau dapat PS lagi, hope...should be no problem la kan. Jangan kembali mengajar Pendidikan Moral. Boring! Tambah2 budak tak berani keluar pendapat, terima apa kita suap jer. Kalau kelas hujung2, kesian, tak faham BM (walaupun lahir kat Malaysia. Hantar balik 'Tongsan' mau?), kena ajar sambil melukis, buat teka silang kata, word puzzles dll.

Tapi tu la hakikat kerja cikgu. Yang tak boleh, kita nak gak ajar sampai budak tu boleh; walau hakikat lebih banyak macam jaga kambing masuk kandang, cakap ayam itik, budak sekarang dah kurang hormat cikgu kat sekolah sebab sayang cikgu tusyen yang bagi diorang pakai baju-tah-hape-hape masa p tusyen tak yah hirau disiplin bagi jer latihan tak yah risau silibus; tu la apa yang perlu dikorbankan oelh cikgu2 zaman sekarang. Weh, tahu tak cikgu tusyen tu ramai bukan lulusan perguruan, ajar je apa diorang rasa perlu, ingat sikit2 zaman diorang PMR, SPM, STPM dulu jer? Kalau nak jugak hantar anak tunsyen, cari la pusat tusyen yang memang cikgu sekolah yang mengajar kat situ, tu lagi bagus. Cikgu sekolah yang lebih tau pasal p&p, bukan budak degree yang cuti sem, bukan engineer boring pas tu ajar tusyen sebagai part time!

Emo plak aku!

Ye la. Mana tak emo. Konon p tusyen.
"Teacher, ini sudah belajar di tusyen ma.''

Cuba suh jawab, takde retinyer! Bazir duit mak pak hang jer mangkok!

Tahun 2011:

+ Jadi lebih rajin tak kira time kerja ke tak kerja ker.
+ Positif
+Cerdik
+Lagi?
+Lagi?
+Lagi?

Buat pe nak senarai semua kat sini? Simpan dalam otak la!

Kalau tak de cikgu, tak de PM. Kalau pun anak murid aku tak mampunak jadi PM, jadilah manusia lain yang berguna. Ramai2 nak jadi PM rosak Malaysia ni kot. Walau pun budak tu tak pandai belajar, bentuklah dia jadi orang berakhlak. Cuba cikgu2 fikir balik, sapa yang selalu tegur kita lepas waktu sekolah? Anak murid bijak atau anak murid nakal yang selalu kita tegur tu?

Minggu depan dah sibuk prepare nak masuk sekolah. Sekarang rasa seronok ni. Lama betoi tak mengajar kan.....hehehehe.


2 comments:

AzizMostafa said...

… buat teka silang kata
Pernah melihat TTSKK = Teka Teki Silang Kata Kelopak?!
http://www.typophile.com/node/51401
http://powerwordpuzzles.com/sunbursts/
http://typophile.com/files/Krosslang.pdf
http://typophile.com/files/Key-Whls.pdf
http://typophile.com/files/16-petals.pdf
http://typophile.com/files/K-flower.pdf
-
Melompat Lebih Tinggi + Semoga Berjaya
http://typophile.com/node/74436

Teacher Hafizah said...

terima kasih :)
saya akan berkunjung ke sana nnt :)