04 November 2010

Selamat menyambut Deepavali kepada penganut Hindu. Selamat bercuti kepada rakyat Malaysia. Tak kira apa jenis perayaan sekali pun, cuti tetap dirasa semua. Kan untung jadi rakyat Malaysia yang berbilang kaum ni. Cikgu sekolah pun untung jugak. Dapat cuti lebih walau pun hakikatnya kena ganti sekolah. Hahaha. Haip, tapi aku cuti2 ni pun bawak balik keje tau. Bukan 100% cuti.

------------------------------------------------------

Ada kisah ke Taman Rama2, Teluk Bahang, Penang. Tapi, biarlah nanti ada 1 entry penuh pasal rama2 saja. Cantik! Rajah Brooke memang cantik!

Sekarang tengah hujan rintik. Utara semenanjung memang banjir, tapi bukan semua kawasan: tu di utara Kedah dan Perlis. Kawasan aku ni plak panas terik. Terasa lain betul panas di sini dengan panas di KL. Panas KL, mmmmmm, sebab banyak bangunan dan kenderaan. Sini? Tak la pesat sangat macam KL. Kampung aku ni pun ada pekan koboi jer, hidup segan mati tak mau. Tapi, bahangnya, ya Allah, memang mandi peluh aku. Tadi keluar ke Pusat Bandar PB, mula2 redup. Ahhh, sedapnya jalan2 kalau cuaca redup. Tup2, bertukar! Panas terik. Cepat betul cuaca berubah. Entry cuaca ke ni? Choi!

Keluar tadi dengan niat mencari barang2 yang perlu sahaja ye, yang PERLU sahaja. Contohnya, ke bank ambil duit belanja dapur, ke kedai jahit beli zip baju baru, ke kedai kain beli kain untuk lining baju baru dan lastly ke Billion menbeli barang dapur. Tapi, kalau dah perempuan, plak tu memang terserlah kegilaan bershopping, ada la barang lain yang dibeli. 2 new strip shawls!

No comments: