12 October 2010

~Peperiksaan~

PMR dah tamat. Berakhirlah tugas sebagai pengawas PMR 2010.

Sekarang mencari kekuatan untuk memecut mengulangkaji kerana banyak lagi yang tak terkejar.

Mengulangkaji melalui buku-buku latihan rupanya memeningkan jika kita belum menbaca nota-nota penting.

Masa yang tak seberapa, gunakan sepenuhnya.

Kalau dulu masa di U ada 'study week', sekarang~ janganlah berangan ye.

Mulakan memecut macam kereta-kereta di lebuh raya.

(Teringat kemalangan ngeri bas di PLUS. Ada video yang di'share' di FB tapi rasa tak terdaya nak tengok sebab tau kemampuan diri menahan keseraman dan ketakutan menonton. Aku tak suka tengok darah!)

Sampai bila-bila pun hidup tak dapat dipisahkan dengan peperiksaan.

Sebab~~

Tiap-tiap hari dalam kehidupan pun sama macam peperiksaan.

Buat baik, dapat la keputusan baik.

Kalau tak, esok tunggu la keputusan tindakan hari ini tu.


# Pesal boring ek???? Mood: skema semula menjelang peperiksaan :P


No comments: