19 October 2010

~Muntah hijau ke?~

Siap menyalin nama, jantina, nama sekolah dan kelas pelajar yang akan ke Tingkatan 1 2011 daripada helaian dari PPD ke lembaran Excel lappy. Semua sekali (setakat ini) bersamaan 350 nama pelajar. Bayangkan nama pelajar2 sekarang terutama pelajar Melayu yang telah diberi nama2 bombastik kebaboom oleh ibu bapa. Terbelit lidah menyebut, tergagau2 jari mencari huruf. Itu tak termasuk nama kebaboom pelajar Cina dan India. Sekarang, tak kira apa kaum sekali pun gemar memberi nama2 unik kepada anak2. Bagi pelajar Melayu Islam, harap nama2 tu 'bermakna' la ye. Jangan nama panjang2 tapi takde maksud apa2 pun. Biarlah nama pendek tetapi bermakna. Cikgu2 pun senang nak ingat nama anak2 anda tu. Bukan bermaksud nama panjang cikgu tak boleh ingat ye. Tapi kalau diberi pilihan: yang pendek dan panjang, mana lebih senang dan cepat diingat?

Patutlah Kak Ida cakap Penyelaras Ting.1 bakal mengingat nama budak siap dengan bin, binti, a/l, a/p siapa. Yela, ini baru 1st round. Bakal ada 2nd round bila sampai result UPSR, 3rd round untuk streaming ikut kelas, 4th round untuk sort nama pelajar yang bertukar dan tambah nama pelajar baru bertukar dari sekolah lain, 5th round untuk kelas tetap. Aku tak mau 6th, 7th, 8th....... argghhhhh.....muntah hijau!!!!!!


# Bersedia untuk Mesyuarat Guru Pertama Sesi 2011 yang sangat awal= 27/11/2010.

No comments: