15 October 2010

2 + 1

Kawan,

setiap sel dalam otak aku menolak layout ini. Bila neuron bersambung menghantar mesej ke reseptor tangan menaip address blog sendiri, tiba2 kepala berdenyut2.

Hai, cepatlah PTK. Aku tengok orang lain relax jer. Ni mesti la sindrom 1st time nak ambik PTK. Lepas PTK, dah ada 2 kerja menunggu giliran,

1) Perancangan tahunan untuk Persatuan Sains dan Matematik 2011 yang mana aku kena jadi ketua penasihat 'terjun' setelah 2 nama guru di atas nama aku di'cancel'kan sebab sorang naik pangkat menjadi ketua bidang Sc&Math dan sorang lagi ditukar ke sekolah lain.

Due date: 29/10/2010 =__=

2) Senarai nama pelajar baru ke Tingkatan 1 sesi 2011 sudah sampai. Senarai mengandungi 351 nama lengkap dengan alamat dan beberapa maklumat lain yang perlu di'key-in' dalam Excel untuk streaming. Wah, bakal berpinau bijik mata aku. (Adakah aku akan kembali rabun selepas ini?)

Due date? Hehehehe. ( korang bakal baca banyak tentang ini selepas ni)

Itu 2 kerja sekolah yang menunggu yer. Sekarang aku dah tambah lagi 1, TUKAR LAYOUT blog ini. Aku dah boring tengok ni la. Sebab tu semangat pun kurang jer nak update2 ni.


# Kawan aku tak sabar2 menunggu sesuatu pada 16/11/2010. Aku???? Ye jugak la walaupun aku nampak coooolllll jer :P

Cikgu2, anda tahu apa yang ditunggu pada tarikh itu

2 comments:

saya_arief said...

selamatttt pagiiii cikguu.

eizy_noor_izza said...

selamat pg murid2