23 September 2010

~Rambut gugur, tiada lagi~



Mak incik suka hati sebab rambut dah tak gugur lagi kurang gugur berbanding sebelum ni. Kalau sebelum ni syampu rambut je gugur la rambut. Bukan 1, bukan 2 helai tapi berhelai-helai-helai-helai. Banyak! Gugur sebab apa? Takkan suka-suka kot. Bila check balik, rambut tak sihat, kelemumur pun ada gak. Walau pun kelemumur bukan tahap garu terus jatuh bertabur atas baju (tidak!), sedikit sebanyak kelamumur tu menyumbang kepada rambut gugur (selain sumbangan daripada makan megi dan junk food).

Banyak jenama aku cuba termasuk yang buat iklan sesuai untuk rambut Asia, bukan tested kat rambut orang Eropah. Tapi, po-dah, tak jalan. So, aku penah dengar jenama ni baik untuk kelemumur. Cuba je la.

Yes! Selsun Blue. Memang dicipta untuk penyelesaian masalah kegatalan dan kelemumur. Bahan penting dalam syampu ni dipanggil selenium sulfide. Nak rasa kesannya, sila pakai 2 kali seminggu. So far, aku dah guna hampir 2 minggu sejak lepas raya. Nampak la rambut kurang gugur masa sikat rambut dan mandi. Kalau tidak, mau pengsan aku tengok rambut aku gugur pas mandi!

Ada banyak jenis, korang boleh pilih. Aku guna extra moisturizing for dry and damaged hair sebab rambut aku jenis kering kontang.

Sekarang aku menikmati saat indah menyikat rambut tanpa rambut gugur di celah gigi sikat dan di laintai bilik. Syok wo! :)

No comments: