02 September 2010

~E-Tukar l Sambutan Merdeka

Betul ke sistem tahun ni akan blok siap2 borang pertukaran guru-guru yang belum berkahwin? Kalau macamtu cikgu2 yang belum berkahwin ni tak de harapan pindah kecuali ada surat pengesahan sakit kronik daripada doktor dan laporan polis tentang ancaman keselamatan. Last month la, kerani kat office sekolah aku dok isi maklumat dalam sistem apa tah aku tak pasti tapi ada kaitan dengan pertukaran guru. Kecewa betul kalau reason tu digunakan. Macam sebelum2 ni, aku nak sangat bertukar. Ye, mengajar kat mana pun sama. Tapi semangat kurang kalau jauh daripada orang tersayang. Cewah! Geli ke korang? Aku jauh daripada parents ni. Lagi pun mak ngan abah aku dok 2 orang je sekarang. Anak2 kerja jauh. Angah kat Kuching, Pipah kat KLIA (susah plak nak cuti). SO, how?

Bantuan

PERHATIAN :

DUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA PERMOHONAN MELALUI SISTEM EGTUKAR BELUM DIBUKA KERANA KERJA-KERJA PERPINDAHAN SERVER YANG SEDANG DILAKUKAN. SISTEM AKAN DIBUKA SEMULA APABILA SEMUA KERJA-KERJA TEKNIKAL SELESAI DILAKSANAKAN.
SEBARANG KESULITAN AMAT DIKESALI.
SEKIAN HARAP MAKLUM.


.....................................................................

Semalam tido agak awal. 11 lebih dah mengantuk. Mungkin sebab pagi2 dah drive jauh. Pastu, tengah hari dah masuk kerja. Malam, mata pun cepat layu la. Banyak gambar belum berusik. Konon, semalam nak sentuh sikit-sikit. Touch up mana yang mampu, malangnya, mata aku memang tak mampu nak celik. Maka, harap bersabar ye.

Terjaga untuk sahur, aku ni mimpi ke mengigau ke apa ye? Boleh plak aku mimpi (kalau dikatakan mimpi la) teknik balingan bola jaring. Siap gaya lompat-lompat segala! Wah, jiwa kacau ni! Tak pasal-pasal mimpi bola jaring T__T.

......................................................................

Semalam sepatutnya ada sambutan Hari Kemerdekaan ke-53 di sekolah. Tapi aku pelik bin ajaib, boleh plak pihak pengurusan meluluskan sambutan dalam 2 sesi. Sesi pagi semalam buat sambutan sampai sehari tak de P&P. Tapi kami di petang, perhimpunan pun tak ada. Fikir positif, nak buat hari lain kot? Apalah salahnya sambutan dibuat 1 sesi, pelajar datang pagi. Pagi pun, bukan ramai pelajar yang datang. Majoriti yang terlibat aktiviti je yang datang. Kami di sesi petang mengajar seperti biasa macam tak ada sambutan apa-apa. Sungguh unfair! Pelajar pun asyik tertanya-tanya pasal sambutan. Cikgu-cikgu sampai tak tau nak jawab apa sebab kami pun tak dimaklumkan apa-apa maklumat pasal sambutan Hari Kemerdekaan. Yang cikgu-cikgu tahu, sambutan dibuat berasingan. Pengisian? Sumpah tak diberitahu! Jawapan selamat untuk pelajar, ''Kita tunggu pengumuman,k.'' Sungguh lemahnya pengurusan sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini!

Aku sungguh tak puas hati kenapa perlu diasingkan sambutan kali ni. Bayangkan sesi petang buat sambutan waktu petang: Ramadhan, sesi persekolahan bermula awal (dan sudah tentunya balik awal) bermula 12.45 hingga 5.30 petang. Pukul berapa nak mulakan perhimpunan? Ramadhan ni selalunya panas terik waktu petang. Bayangkan pelajar berdiri masa perhimpunan (paling awal boleh buat dalam pukul 4 petang), lepas nyanyian pelajar boleh duduk, tapi duduk pun masih tengah-tengah panas. Sekloah kami tak ada dewan besar. Dewan kami cuma buka 4 kelas, tak muat semua pelajar petang. Kalau ada yang pengsan macamana? Bukan cikgu tak mahu uruskan tu, tapi kalau ramai yang mengadu nak pengsan, nak pitam, tiba2 sakit; jenuh jugak cikgu nak uruskan. Sebab tu aku 'pangkah' buat sambutan 2 sesi.

Ada dengar kata, sambutan sesi petang dibuat Jumaat ni. Harap2, buka la dewan sekolah tu ye. buat dalam dewan. Tak boleh muat semua pun, pandai-pandai la cikgu uruskan pelajar di tepi-tepi koridor dewan tu. Rasanya, Jumaat dah ramai yang tak datang.

2 comments:

Shahrul Yusof said...

Susah la kalo yang bujang nak mintak transfer kalo macam ni. Kena cepat-cepat kawin dengan orang kampung sendiri la agaknya kalo nak dapat transfer ke kampung sendiri. Hehe :-p

Teacher Hafizah said...

waaaa. jgn ah masin mulut ko. doa la dpt tukar gak