17 August 2010

~Sang Pemimpi~

Filem ni merupakan sambungan filem Laskar Pelangi, adaptasi daripada novel glemor di Indonesia. Dulu aku penah citer pasal trilogi novel Laskar Pelangi. Ni sambungan ke-2. Sang Pemimpi ni memperkenalkan watak sepupu Ikal, Arai selepas Ikal kesedihan kehilangan kawan baiknya si Lintang yang genius tapi tak dapat sambung belajar sebab kesempitan hidup. Arai jadi kawan baru Ikal sampai ke sekolah menengah.

Sang Pemimpi lebih menceritakan pengalaman Ikal, Arai dan sorang lagi kawan baru di sekolah menengah. Kena hidup sendiri jauh dari keluarga. Bukan duduk asrama, tapi menyewa, pastu terpaksa kerja sendiri untuk sekolah. Sampai akhirnya Ikal dan Arai berjaya cemerlang dan boleh sambung belajar di universitas. Pastu buat tesis untuk dapatkan biasiswa untuk capai cita2 sambung belajar hingga ke kota Paris. Tengok la filem ni. Best! Se'best' Laskar Pelangi!



No comments: