12 June 2010

~Hari ini cikgu nak ajar Genetik sebab cikgu rindu Bio: Beta Talasemia Trait~

Tadi aku kuar berfoya2. Berfoya2 di sini bukan bermaksud aku pergi clubbing walau dalam hati nak gak tau 'best ke clubbing tu?'. Cikgu beli 4 dvd ye. Balik, aku terus online. Biasa le tu. Kalau kat KL pun, balik sekolah terus online sampai anak murid pun perasan teacher diorang almost every time online. Bila ke FB (hal biasa lagi), aku terbaca post kawan aku di sekolah 'Beta Talasemia Trait'. Aku pun~ Oh! Macam tak percaya ada antara kenalan aku yang alami ni.

Ok, kawan aku ni Puan M. Dia sama umur dengan aku dan kuat merapu. Dia baru mengandung anak sulung. Masa mula2 mengandung, dia alah. Pastu cepat sangat penat, kerap la amik MC. Pas berapa bulan ek kita bleh rasa baby gerak dalam perut? Ye, ni aku tak amik port sangat~ Dia kata dia tak rasa pun baby dia bergerak. Kitorang suh pergi check, may be baby lambat skit respon, mana tau kan. Bila dia pergi check-up, paras Hb makin kurang dalam darah dia, sangat rendah. Bahaya tau! Hb? Oh, lupa. Ok, Hb tu singkatan untuk hemoglobin yang menjadi komponen utama pembinaan sel darah merah ye anak murid. Cikgu ajar macam semua amik science stream plak ye. Jenuh la dia dengan husband mencari solution untuk tambah paras Hb dalam darah. Selalu jugak ulang alik ke hospital buat check-up. Bila hari ni dia post pasal Talasemia, OMG~ aku rasa~~ aku tak tau nak cakap macamana aku rasa.

Murid2, disebabkan cikgu rindu sangat nak ajar BIOLOGI, cikgu akan ajar sikit ilmu GENETIK yang merupakan 1 cabang dalam Bio k. Dulu time study, cikgu memang minat sangat genetik. Susun2 kromosom. Ye, tersasar sedikit~

Sebab tadi cikgu terkejut pasal kawan cikgu dan Talasemia, hari ni cikgu nak ajar pasal genetik Talasemia. Sebelum tu, apa itu Talasemia? Secara saintifik, Talasemia merupakan masalah gangguan pada sel darah yang diwarisi secara genetik. Pembentukan sel darah merah pesakit mengalami gangguan dan mudah pecah. Maka, kandungan sel darah merah mereka kurang (paras hemoglobin rendah). Ok, nak terang pasal genetik, lebih mudah kalau cikgu lukis ye~



Nak lagi clear? Klik kat gambar tu ye murid2.

Murid2, jangan ingat dalam trait darah kamu ada gen huruf 'p'. Takde ye. P tu cuma huruf yang cikgu guna untuk perlambangan sahaja ye. P besar untuk mewakili gen dominan manakala p kecik mewakili gen resesif.

Ringkasnya di sini, Kalau kedua2 ibu dan bapa pembawa gen Talasemia (Pp), kebarangkalian mendapat anak yang normal ialah 25%, mendapat anak pembawa Talasemia ialah 50% dan mendapat anak Talasemia ialah 25%. Tu sebab kita kata bahaya kalau 2 orang pembawa Talasemia berkahwin, risiko mendapat anak Talasemia tu ada ye murid2.

Kalau salah seorang ibu atau bapa sahaja pembawa Talasemia, kebarangkalian mendapat anak Talasemia hampir 100% tiada (tapi kalau Allah nak bagi mana kita tau kan, tu kuasa Allah). 50% kemungkinan mendapat anak normal dan 50% lagi mungkin pembawa Talasemia sahaja.

So, kalau ada P dalam gen anak tu (PP atau Pp), tak perlu risau, takde la anak Talasemia (Pp akan jadi bahaya jika kawen dengan pasangan yang juga ada gen Pp). Kalau ada pp, baru la anak tu kemungkinan menghidap Talasemia.

Gejala Talasemia

  • Lemah

  • Nafas pendek

  • Wajah yang pucat

  • Jaundis

  • Pembentukan tulang muka yang tidak normal

  • Proses pembesaran yang perlahan

  • Air kencing berwarna gelap

  • Perut buncit


  • Pembawa gen Talasemia sememangnya takkan sedar gen tu ada dalam badan sekiranya tak melakukan pemeriksan sebab mereka tak menunjukkan sebarang simptom pesakit Talasemia.

    Ini cikgu cerita pasal genetik aje, tak cerita pasal perbelanjaan yang perlu ditanggung pesakit ni sepanjang hayat. Memang banyak duit kena habiskan di situ ye. Ok, ada soalan????

    Homework: Sila baca artikel di sini untuk maklumat lanjut mengenai Talasemia.



    p/s:
    Sebab tu la ada kempen pemeriksaan Talasemia dan tak digalakkan 2 orang pembawa berkahwin. Tapi kalau jodoh, nak buat macamana kan. Banyak la pasangan tersebut kena aware dan jika berlaku apa2, jangan tak mau tanggung plak k.

    No comments: