24 April 2010

~ Merentas FRIM, bukan rentas desa :P ~

Kuar seawal 7am selalau kan kuar 11.30am++. Aku jaga bahagian buku aturcara dan tag nama pegawai merentas desa. Sampai sekolah, terus agih2kan name tag kat guru2. Cikgu yang jaga check point ada meeting dengan ketua check point masing2 la. Tu kecoh2 diorang la. Kecoh lagi besar kat padang sekolah --> guru2 pengurus rumah sukan. Kelam-kabut. Pengurusan sangat....mmmmmm. (Sila paham sendiri). Bagi aku, program kali ni agak teruk. Banyak masalah dalaman~ tak puas hati, tak tau spesifikasi keje masing2 etc.

Lepas cikgu2 check point gerak, aku pun ikut Kak Mas, Kak Siti dan Zati g pusing dalam FRIM. Niat hati nak bagi name tag kat cikgu2 yang mungkin tercicir tak amik name tag tapi dah g masuk FRIM. Zati jadi MC, so, lambat lagi la nak mula. Kami siap g makan2 kat cafe FRIM lagi. Haha. Nasi lemak dia sedap gak, milo pun kaw!Cantik betul view dalam FRIM. Baru 1st time ronda betul2 dalam tu. Ronda dari dalam Mercedes Compressor. Upss! Terbocor rahsia plak. Patut la dulu penah tengok cina kawen amik gambar dalam tu. Memang lawa!

Program tamat kat Taman Botani. Penyampaian hadiah, semua kat sana. Lama betul tunggu keputusan, cian budak tengah panas. PIBG banyak menyebok! Sangat tidak selesa! Enough sampai situ je aku cakap.Habis dalam kul 1pm gak la. Balik sekolah sekali lagi dengan Mercedes ye anak2! Tu keta Penolong Kanan Petang sebenarnya. Thumb print, tapi bukan nak terus balik. Sembang2 plak. Sebenarnya Zati wat ayat sedih mintak teman dia tulis buku rancangan mengajar yang terbengkalai tu. Aku, Zati, Kak Non, Kak Najwa dan Kak Yus. Kami wat post-mortem awal merentas desa! Hahaha.


Keje aku bagi tag ijau tu le. Bengangnya, aku design macam lain, sekali dapat kat aku rupa lain! Sapa tukar tah. Baik tak yah suh aku design!



Show All

1 comment:

Bukan Sekedar Blogger Bertuah said...

nice post sahabatku...good blog..salam ukhuwah,...sebagai sarana silaturahim, saya sudah pasang link blog kamu di blogroll "sahabat-sahabatku di malaysia " disidebar kanan, dibawah follower...tukaran link ya....untuk mempererat tali persahabatan sesama blogger....terima kasih