07 March 2010

~mood makin turun ke paras minimum. p/s: tolong, saya nak cantik jugak~

Tah kenapa 2-3 hari ni hormones inbalance again. Rasa ada sesuatu yang kurang tapi tak dapat detect...which one? May be kaki jalan tak dapat g jalan2...may be la. Bosan bila weekdays asyik ulang alik rumah-sekolah. Memang takde life. Weekend ni rasa nak sangat g jalan2. Tapi ke mana ye? Badan pun rasa weak semacam. Tambah pulak mood yang kurang berahi. Rasa rindu sesuatu yang jauh. Nak pegang tak sampai.

Kawan, aku nak tanya. Kenapa kita akan rasa kawan2 kita yang dah kawen sangat jauh dengan kita? Bukan kawan2 di tempat kerja. Kawan2 tu kita masih ada modal nak bergosip. Kawan2 yang aku kata ni merujuk kepada kawan2 seperjuangan zaman berhingus. Zaman kita lap hingus dengan lengan baju kurung dan sedut hingus dalam2 supaya meleleh ke bibir, konon2 tu la cara paling pandai nak sorok hingus. Simple kan pikiran zaman budak2.

Walau pun kita berlagak biasa, sedar tak sedar, memang ada gap. Kalau perempuan, dah tak boleh pergi merambu tengok wayang dan window shopping dari pagi sampai malam. Laki mana yang nak bagi bini jalan2 sampai macam tu sekali? Sembang pun dah lain. Ala mak2 orang. Aku agak tu persediaan nak jadi mak budak. Dan lagi, sembang2 lucah dalam kain masing2 mungkin akan terselit dalam sembang2 biasa kita. Itu kawan perempuan. Kalau lelaki...yang pasti dah tak boleh merambu malam2 kan.

---------------------------------------------------------------------------------

Ok. tinggal tu.

Aku ni nak cakap aku down pun intro punya la panjang.

Cuti sekolah ni ada kawan aku kawen. Rasanya tak dapat p sebab sama hari dengan sedara aku kawen. Betul la cuti sekolah tu musim orang hebat mengawan. Bertunang pun ada gak, sorang junior sekolah menengah. Tu pun tak p la. Ahad, 21hb. Aku dah kena gerak balik KL. Ye, lari topik lagi....

----------------------------------------------------------------------------------

Aku rindu,
rindu senyum,
rindu gurau.

Walau jumpa tak lama,
lebih baik dari tak jumpa.

Sabar,
tiap hari aku ingat,
perlu sabar kalau nak lebih baik.

Kuat,
aku kena kuat buat apa yang aku dah janji,
walau kadang2 kena kritik, sakit, sedih,
aku tau tu untuk dapat sesuatu yang lebih baik.

---------------------------------------------------------------------------------

Sebab mood turun dan tak tentu arah tujuan mana nak jalan, aku berjaya jadi tukang masak ari ni. Jadi perempuan melayu terakhir : kemas rumah, masak. Kan baik jugak kesan takde mood tu. aku masak laksa. Kurang kick sebab aku guna cili boh. Tak best. Lain kali tak mau guna dah. Tu je yang ada. Cili kering habis dan lupa dibeli semalam. Sekian.

Lagi 1, mood down sebab....

Eh, kawan,

Aku tengok ramai blogger yang pandai giler bergaya. Sila bantu saya cantikkan diri....sebab saya nak cantik!

No comments: