15 March 2010

~Giler! Aku nangis tengok My Name Is Khan. Tu without subtitle darling! Bayangkan ada subtitle~

Merujuk kepada perkara di atas, saya Cik NHH telah menangis.

Ggggggggggggggggggrrrrrrrrrrrrrrrr-------------------------------------------------------------

Aku bukan nak wat surat rasmi ni. Sebelum cuti sekolah, aku suh adik aku yang keje kat USM tolong download citer My Name Is Khan. Ari tu kan aku melepas nak tengok citer ni time kuar dengan Kak Nolie. So, ari ni baru sempat nak tengok.

Takde subtitle! Berbekalkan vocab Urdhu sebab tiap2 minggu tengok hindustan time kecik2, aku paham la jalan cerita ni. Di sini, aku tak rasa teringin nak bagi sinopsis citer ni pun. Boleh cari kat blog orang lain yang dah tengok. Aku syorkan, tengok la. Tak rugi pun. Walau ada part2 yang kita tak bleh nak terima, over all, best. Lagi pun dah lama Shah Rukh Khan tu tak berlakon citer yang btol2 best macam zaman Kuch Kuch Hota Hai tu kan.

Autisme? Boleh belajar dalam filem ni, apa ciri2 autisme? Macamana nak kawal anak2 autisme? Aku kagum kalau parents berjaya besarkan anak2 autisme macam dalam cerita ni.

Autisme tu apa? Ok, kat bawah ni aku sedut bulat2 dari http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/autisme.htm. takyah la rajin2 nak ke site tu sebab aku dah rajin2kan diri copy ke blog aku ni. Sila tambah ilmu pengetahuan kita bersama~

AUTISME

Istilah autisme digunakan untuk mentakrif corak kelakuan anak yang berpunca daripada kesukarannya untuk berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu bapanya. Anak yang autistik hidup dalam dunianya tersendiri. Misalnya, walaupun anak tidak pekak, anak seakan-akan tidak mendengar apa yang dikatakan kepadanya. Ramai antara mereka langsung tidak bertutur atau bertutur dengan cara yang aneh. Jika ibu bapa mengimbas kembali sejarah anak, mereka akan mendapati semasa bayi anak jarang tersenyum dan tidak pernah meminta untuk didukung.

Sejak penyakit ini mula dibincangkan pada tahun 1943, pelbagai teori tentang punca gangguan ini telah dikemukakan tetapi baru kini diketahui bahawa keadaan ini bukan berpunca daripada perlakuan ibu bapa atau tindak balas terhadap faktor persekitaran. Autisme biasanya tidak dikesan sehingga ibu bapa mendapati bahawa anak mereka masih belum pandai bertutur. Pada ketika ini, anda mungkin menyedari hakikat bahawa anak kerap menyisihkan diri dan menghabiskan masa bermain seorang diri. Kerap kali anak akan menunjukkan kelakuan yang tertentu, seperti menyentuh benda dalam turutan yang tertentu atau menggoyangkan badannya ke depan dan belakang. Jika diganggu, anak akan melenting dan membuat perangai. Kelakuan ini menunjukkan keperluannya untuk berada di persekitaran yang tidak berubah. Ada kanak-kanak autistik yang sangat peka terhadap sesuatu benda. Misalnya mereka akan menumpukan perhatian terhadap pergerakan tangan atau jari atau menggosok-gosok sesuatu permukaan seakan-akan menghayati tekstur.

Tanda-tanda

  • Tidak suka bersosial.

  • Pendengaran tidak normal.

  • Mengelak daripada bertentang mata.

  • Gangguan pertuturan.

  • Corak kelakuan yang berulang.

  • Tidak mengendahkan rasa sakit.

Apakah yang boleh dilakukan?

Kanak-kanak autistik perlu dihantar ke sekolah yang khas seelok-eloknya semasa anak masih kecil lagi. Jika ibu bapa mendapati sukar menjaga anak di rumah, rawatan di rumah yang mempunyai suasana yang terapeutik disyorkan. Pelbagai terapi bagi autisme telah dicuba. Namun, hasilnya tidaklah begitu menggalakkan. Psikoterapi yang intensif juga tidak memberi sebarang tindak balas manakala ubat yang mengandungi trankuilizer hanya sesuai diberikan untuk mengawal kelakuan yang ganas sahaja. Terapi kelakuan dan terapi pelukan (ibu bapa digalakkan memeluk anak selama yang boleh untuk mengeratkan perhubungan fizikal dan emosi) didapati sangat menggalakkan. Namun, setiap jenis terapi perlu disyorkan serta dikendalikan oleh pakar dalam bidang tersebut.

Stoppard, Miriam. Panduan Penjagaan Kanak-kanak. Tropical Press, 1998. ms 59.



* Hujan turun dengan lebatnya. Macam tau2 aku baru pas nangis :P

3 comments:

MyaFiza said...

sy pun dah tengok citer ni...memang best lakonan srk. mantap..

Teacher Hafizah said...

haah. btol

Unknown said...

cari la subtitles kat www.subtitlesource.org...
biasanya ade....:-)