30 January 2010

~Kenapa perlu tambah sakit hati jika kita boleh elak?~

Daripada sakit hati jumpa dan dengar ayat2 pedas dari orang yang kurang kesedaran untuk faham perasaan orang lain, baik duduk rumah.

Semalam aku post sajak (oh, sajak ke itu? wat ever) sebab ada orang lain terasa dengan gurauan kami. Kami assume dia tak rasa apa2 sebab masa tu sama2 bergurau and sometimes dia pun kuarkan statement lagi tak agak2.

Maaf sahabat.

Kami tak budget ko sesensitip tu. mungkin sebab ko sekarang berbadan dua. Atau mungkin ko tensyen jem teruk kat Batu Caves sebab Thaipusam. Mungkin gak ko tak boleh trima gurauan.

Kami usaha nak berbaik. Malah lepas balik sekolah pun aku ada msg, ko kata ko terasa sikit tapi boleh terima sebab kita dah biasa bergurau macam tu. Tapi kenapa jumaat tu ko buat2 tak nampak kami? Even kami tegur baik2. Kami tegur ko buat tak dengar. Pastu larikan diri kat tempat cikgu2 lain. Kami balik tempat pas kelas ko terus bangun. Ko nak lari ke? Ke marah kami ke? Benci kami ke?

Sebelum balik rumah, kami ber3 dah decide takkan bergurau 'kasar' dengan ko. Hari Isnin ni kami kan buat macam biasa, tegur kau, kami bergurau. Tapi maaflah kawan kalau gurauan antara kami bertiga dengan gurauan dengan ko mungkin agak sopan. Dah tak sama.

Ko post kat FB kata ko down mood. Harap2 takkan kekal down sampai next week. Harap ko jadi macam biasa. Mungkin ko pun ada prob lain.

Jangan sampai ada lagi sorang dalam geng kita yang lebih tua dari kita tu merajuk dengan ko. Dia tegur ko buat bodoh je. Ko tau perangai dia macamana kan? Takkan ko nak tak bertegur sapa pasni?

Harap semua dapat fikir dengan waras. Aku not into sapa2. Aku dasar berkecuali. Kalau terus2an macamni, mungkin akan ada yang makan hati lagi. So, nasihat aku, sudah2 la.

Kenapa perlu tambah sakit ati kalau kita boleh elak?

3 comments:

ery said...

sabar je...

Mr Kamikaze said...

Sudahlah tue...bermaafanlah korang semua...

Anonymous said...

http://sufferedgezine.blogspot.com/