04 January 2010

~Cikgu-cikgu, selamat mengajar semula~

18 Muharram 1431H


Pencarian rak untuk diletakkan atas meja di bilik guru dah tamat. Akhirnya saya beli rak tu di Carrefour je. Beli 3! Tamak ke? bukan saya punya semua tu. Saya punya 1 je. Lagi 2 belongs to Zati dengan Kak Zainon. Diorang mintak tolong beli kalau saya nak beli rak. 1 rak berharga RM13.90. Macam tau-tau je bukak sekolah ni bakal ramai beli rak tu, diorang naikkan harga. Sebelum ni tak sampai RM10 pun tau. Ari tu tengok kat Mydin, RM9.90 je. Akibat malas nak buang masa drive patah balik ke Mydin (yang confirm susah nak parking), saya beli je la kat Carrefour tu walau harganya mahal skit dari Mydin.

Sekarang dah 1.52 pagi. Perlu tidur kerana esok bermula hari penting. Saya bakal busy menyambut baki pelajar yang tidak mendaftar semasa hari orientasi yang lepas. Kan sikit je ari tu. So, esok mesti ramai.

Semangat saya nak pergi sekolah. Lama tak bekerja, kadang-kadang ada jugak rasa malas tu. Hahaha. Tapi sekarang memang teruja nak balik sekolah. Terujaaaa! Perkataan tak ingat.....Passion! Passion perlu ada. Saya tak dapat bayangkan kalau saya bekerja selain dari jadi cikgu. Macamana ek? Kalau la saya ikut niat lama(cita-cita semasa zaman matriks KMPP) nak jadi ahli farmasi, saya tentu dah bosan kekeringan dalam bilik kecil berisi ubat, hidu bau ubat. Tak boleh. Saya suka kerja yang melibatkan ramai orang (bukan orang yang sama pastinya) dan tempat yang berlainan. Cikgu je la sesuai....

Ok, Cikgu Fiza, selamat bertugas semula. Lalaalalala~

Wish saya kepada semua cikgu Malaysia,

Selamat mengajar semula. Semoga tahun ini lebih berjaya. Tabahla dengan karenah pelajar yang makin tutttttt. Zaman makin moden, perangai makin mundur....

(Esok bergaya sakan untuk tambah semangat baru. Hahahaha)

4 comments:

Zuewairy said...

Selamat Pagi Cikgu - Versi upin Ipin;)

beliamuda said...

selamat pagi cikgu. hehe.

M O N I C A said...

selamat kembali bertugas cikgu..:)

farrahain said...

haii cikgu..
salam singgah..
meh2 jd followers kte..
hehe..=p
www.fareastlurve.blogspot.com