12 January 2010

~Apa khabar cikgu hari ini?~

26 Muharram 1431H
Pagi:
Latihan rumah sukan. Dari pukul 8 sampai pukul 9.30. Berdiri di tengah padang dengan rakan-rakan guru membuat pemilihan pelajar untuk 100m, 200m, 400m, 4 x 100m dan 4 x 400m. Tahun ni dah tak ada kategori P1-3 dan L1-3. Dah tukar. Tinggal lelaki bawah 18 dan 15 serta perempuan bawah 18 dan 15. Masalah biasa waktu pemilihan pelajar. TAKDE PELAJAR! Masa tulis nama nak masuk acara, berduyun-duyun, beratur panjang. Tapi bila haripemilihan, berapa kerat je yang datang. Sama la kes dengan budak-budak kawad kaki. Masa tulis nama nak join, ramai betul. Masa latihan, tak sampai 10 orang. T_T
Tengah hari - petang:
Sekolah macam biasa. Kelas bermula dengan 1B (2 masa). Last week dapat masuk 1 masa tapi mengajar tak sampai 15 minit sebab banyak betul gangguan. Hari ni mula kenal pelajar sedikit demi sedikit. Tu pun sebab panggil nama untuk tulis jawapan di whiteboard. Setakat ni, saya nampak pelajar lelaki lebih aktif dan agresif untuk belajar. Banyak soalan, pelbagai bentuk jawapan. Kadang-kadang kita yang dewasa tak terfikir pun benda tu, tapi boleh diterima.
Pelajar perempuan agak pasif. Kena tanya sorang-sorang, walk around the class, baru nak cakap, tu pun malu-malu je. Ada beberapa orang yang agak aktif bertanya, tapi majoriti adalah pasif. Vocab agak lemah. Nasib baik saya memang tinggal kamus BM-BI-BM kat sekolah. Tak larat nak jawab soalan vocab dan terjemahan, saya suruh sorang pelajar ambil kamus dan suh cari sendiri perkataan-perkataan yang depa tak tau. Bukan saya malas nak jawab, tapi biarlah budak-budak ni belajar jadi independent dan bukan mengharap guru 100%.
Kelas 1F; OK. Ada sorang pelajar lelaki Melayu baru datang hari ini dan saya letakkan di kelas 1F memandangkan UPSR result =2B, 2C,1D, pelajar sederhana. Hari ni ada 1 masa je dengan 1F, maka tak banyak benda boleh diajar, lagi-lagi hari ni waktu saya sama dengan waktu pelajar keluar solat asar. Lengang kelas, tinggal ~10 pelajar Cina dan 2 pelajar India je.
Kelas terakhir, kelas 1K. Masyaallah, tahap dewa mencabar. Kelas ke-2 hujung, ramai budak-budak peralihan tahun lepas dan yang penting semua dah boring dan tak sabar nak balik. Bising betul! Kelas ni ada Orientation Prog. For Science And Mathematics In English (OPSME). Bagi saya, OPSME ni buang masa dan takde kepentingan sangat pun. Macam kelas vocab untuk Science and Math, ada pre-test dan post-test. Budak cepat boring! Nanti-nanti diorang lupa jugak perkataan-perkataan tu. Lagi bagus terus mengajar ikut silibus. Nanti silibus tak habis, marah plak....cikgu jugak yang kena. -_-
Malam:
Pas solat terus mengantuk. Makan sambil layan Naruto (kesayanganku). Last-last hilang mengantuk, sebab tu saya boleh post entry ni. Hahahaha.
Tadi bawa balik katelog Giacomo terbaru 2010. Geram tengok set pinggan mangkuk dan cawan. Tapi harganya....huish...RM300-400++/ 1 set. Juling mata sekejap. Tapi sebab bayar ansur-ansur, mungkin boleh dipertimbangkan ^_^. Nak beli barang-barang rumah? Buang tabiat dah ni. Ciri-ciri menuju ke alam itu dah datang sedikit demi sedikit :P .Malunya saya! Banyak barang yang saya berkenan, tapi semuanya masih mengikut stail Inggeris. Saya memang jatuh cinta dengan English stail. Cantik, putih, suci. Mungkin akan ada warna-warna lain dalam rumah saya nanti, tapi bukan warna garang yang pastinya.

5 comments:

diden [+] said...

hoho mncabar btul

Aidi-Safuan said...

alah,biasa la budak2 tulis nama time kawad kaki pastu tak datang.sebab kadang2 ade yang "terpakse" tulis nama. hehe

rizputra7 said...

huhu cikgu layan cerita naruto...

Momo said...

hi there,
I share the same feelings with you about opsme..
tapi yang tensionnye kat sini OPSME kat skolah saya kene wat dengan the whole form 1! so yang bdak2 pandai sume boring for the whole January sbb blaja mende senang. Lagi teruk bile kene construct test question, since bdak2 tak blaja pape, saya kene la wat soalan sendiri based on opsme module T___T

Teacher Hafizah said...

momo: last two year mmg skolah saya pun wat opsme utk the whole f1. boring...skrng 2 kelas je wat opsme, kelas belakang gak la. diorg pun boring. so, bayangkan bdk2 kelas depan rasa mcmana...

rizputra7: layanzzzz

aidi: klu kena paksa tak le berasap kepala otak...ni sukarela tulis nama. berebut2...last2 tak datang pun.

diden: makin mencabar dunia perguruan...