04 December 2009

Sort2-(Berpinau + Berbulu) = Kelas Ting.1 + PA 2010

Akhirnya, siap pun kerja2 streaming budak2 yang bakal masuk Ting.1 dan PA 2010 kat sekolah aku. Keje melibatkan penguasaan men'sort' dalam Excel. Hehehe. Tu la yang dapat aku simpulkan di sini. Walau pun kita cuma nak sort, tapi kalau dah ada 556 nama yang Cina + Melayu + India + lain2, tak ke berpinau biji mata kita? Maka, exercise segala macam otot, sendi, dan urutan percuma amatlah dihargai. Terima kasih.

Disebabkan aku menyambung kerja2 Penyelaras sebelum ni a.k.a Kak Ida (tahun depan dia pindah ke Kundang), aku dah skip bahagian menaip nama budak2 yang pada mulanya 300++ nama yang dihantar oleh sekolah2 rendah berhampiran. Banyak kan? Bahagian ni aku bantu sikit2 je sebelum cuti sekolah hari tu. Confirm le ada penambahan nama. Takkan 300+ je kan.

Keje aku bermula bila keputusan UPSR keluar. Aku kena masukkan keputusan budak2 ni mengikut bilangan ABCDE yang diperolehi. Ada nama2 baru dari senarai sebelum ni, kena la ditambah k. Daripada keputusan ni la kita akan dapat markah. Mana yang tinggi, masuk kelas pandai. Tapi, sekolah ni ada sistem kuota untuk pelajar setiap kaum. Tu yang kadang2 parents tak tau pasal kuota, terus datang serbu cikgu2 ni kata anak dia patut dapat kelas lagi bagus kalau rujuk keputusan UPSR. Mai buat streaming ni tengok, baru komen! Rasanya power cermin mata aku ni naik la sebab nak letak kelas kat anak2 tu semua. Pastu, sekolah ni kan ada PA (PA tu peralihan la!). Kena utamakan budak2 PA tahun lepas dulu untuk dapat kelas dulu.

Ok! Aku pun pening merepek macam tu. Ni kronologi kerja2 meletakkan penempatan kelas pelajar baru selepas dah masukkan semua keputusan UPSR dan peperiksaan akhir tahun (untuk pelajar PA 2009):

1) Rujuk keputusan akhir tahun pelajar PA 2009. Letakkan nama2 mereka ( rasa skema gila plak aku semenjak 2 menjak ni) ke kelas2 Ting. 1 yang dirasakan layak. Ni kena bincang dengan pentadbir jugak la. (tahun depan ada 12 kelas!)

2) Asingkan nama pelajar2 dari SJKC yang dapat keputusan BM=D dan ke bawah untuk dimasukkan ke senarai kelas PA 2010. Tahun ni ada ramai yang dapat keputusan macam ni, 168 orang. Kena buka 3 kelas PA (tapi katanya nanti nak tutup gak kelas ke-3 tu).

3) Buat retain (jadual yang ada bilangan pelajar lelaki dan perempuan mengikut kaum tu). Tingkatan 1 ada 12 kelas tahun depan, maka bilangan pelajar mengikut jantina dan kaum ni akan dibahagi dengan 12 la (paham ke ni?). Kelas yang ada pelajar Melayu a.k.a Islam ada 4 kelas je. Maka, pelajar Melayu lelaki dan perempuan akan dibahagi 4 je.

4) Edit la retain tu sampai puas hati dan ikut kuota. Bahagi, bahagi jugak. Tapi kena ingat, ada kelas yang dah ada budak2 PA 2009 tu kena la ambil perhatian. Jangan la isi sama banyak dengan kelas yang tak ada budak2 dari PA.

5) Edit, sort, copy, paste,delate, kemas. Ulang la sampai berbulu kepala otak, berpinau biji mata.

6) Siap---> tunjuk la kat bos. Kalau ok, lega la hati. Kalau ada yang tak puas hati, pandai2 la edit balik.

Esok aku nak p sekolah tunjuk kat bos. Bos, tolong jangan komen banyak2 sangat boleh? (Berani ko nak cakap macam tu? Pirahhh)

Lega!

Lega!

No comments: