02 October 2009

apa perkara bengong yang terjadi semalam?

semalam...

aku g skolah pas 2 ari tak hadir. isnin g meeting, selasa mc sebab diarhea. huhu. bila aku g skolah rabu, memang la bz sangat. mana nak check barang untuk kursus, wat pemplet, riso nota kursus, buku rekod tak tulis lagi. eeeee. serabut. tapi, alhamdulillah siap jugak. kadang2 pressure tu penting. kalau tak, keje tak siap.

petang semalam ada perhimpunan nak cakap pasal PMR, cuti deepavali. masa perhimpunan kak siti tanya pasal laporan disiplin alya. aku dah wat. esok kak siti nak. tapi kena tambah laporan untuk 3 budak yang main kaca ari selasa. main kaca? aku tak tau pun? yela, aku mc.
dah la teringat kursus dah dekat. pastu jadi ajk robotik lak. ni kena wat laporan disiplin lagi. huh!

so, pas balik skolah aku trus ajak ida kuar cari makan. tensyen je cari makan, mana pipi tak bulat? makan penting. dah makan baru leh wat keje kan.

peristiwa bengong aku cakap semalam tu jadi pas kami balik dari makan ni la. kami makan kat damansara damai. pastu aku nak isi minyak nak get ready kot2 esok kena drive sendiri g pusat sains negara. kami p kat stesen minyak kat situ. aku ni poyo je. kata kat ida suh dia tolong isi while aku g bayar n nak cucuk duit (aku nampak atm kat dalam kaunter dia). dengan confident aku masuk tak tengok board atas pintu. g kaunter, ulur duit nak isi minyak. pastu aku tengok apasal kaunter ni pelik. pastu awek cashier tu kata, "kak, nak isi minyak bayar kat kaunter kat luar." skali aku tengok....wah, bongek la! ni 7e! mamat kelantan mana tak dok bratur kat atm tu baek punya kata, 'malu ah tu.' bengong! sah2 la aku malu. wat bodoh je. aku usyar kat luar. kaunter minyak tu btol2 je sebelah kanan keta aku.

mamat kelantan tu blah (student kolej mana tah). aku pun p kaunter. aku tengok ida dok picit pam tu dari tadi. sure tak kuar. aku tak bayar lagi. p kat kaunter, mamat yg jaga kaunter tu kata,"kawan akak dok picit pam dari td lagi." hahaha. siap promote kawan dia lagi. aku malu tak abis lagi. tengok gitu2 je la budak2 2 orang tu.

p atm, amik duit, masuk keta, cite kat ida. minah ni bantai gelak. patut la dia kata dia picit tak kuar2 minyak, aku bayar untuk pam mana? aku p bayar kat mana? huh. bengongggg!

3 comments:

hayad said...

hehehe, biasa la tu, kdg2 tak perasan. lps tu kita malu sendiri.

Farhana Suhaimi @ Anne said...

peristiwa yang sgt menarik....

fiza_sensei said...

ye, pengalaman adalah guru terbaik