09 September 2009

::Tarikh Ari Ni Chantek Kan::

Aku rasa kalau Sekarang bukan bulan Ramadhan, mesti ramai nak wat kenduri kawen ari ni kan. Bagi yang suka main dengan nombor ekor, mesti suka nak wat apa2 majlis ari ni. Tarikh yang cantik-09.09.09! Ye, memang cantik.

Hari ni hari ke-3 aku kursus LDP-School Based kat Hotel Putra KL. Bagi aku, banyak slot yang berulang2, kurang releven, fasilitator pun ada yang tah hape2 je. Perkongsian ilmu memang baik. Ye, ini aku dapat. Berkongsi cara dan kaedah pengurusan LDP dari SU LDP dari negeri2 lain. Kalau bengkel yang dijalankan, mmmmmm, aku bagi 3 stars je la. Ada 1 slot bengkel minta kami tulis dalam ketas majong and dalam power point. Tapi bila presentation, bawak ketas majong je lekat kat whiteboard kat depan. Bayangkan cikgu2 yang dok belakang, nampak tulisan tu macam semut je. Pastu aku ada dengar fasi merungut. Kita jadi fasi mana la bleh merungut depan peserta. Jagalah adap berkomunikasi tu.

Slot waktu petang terbaik setakat ni. Aku rasa fasi tu kaunselor kot. Sebab dari gaya dia cakap, aku cakap, 'dia kaunselor'. Hahaha. Macam pandai ramal orang je kan. Fasi ni wat aktiviti dulu bagi cikgu2 tak mengantuk. Urut2 mata, urut2 bahu kawan. Suka tengok muka dia, lawa. Aku cakap kat Kak Fatimah, "orang tengok muka dia bukan macam cikgu, nampak macam doktor." Ye, gaya dia..... kalau aku jumpa aku ingat doktor.

Kursus ari ni abis around kul 4.45pm, aku trus balik rumah. Malas la nak dok kat bilik sorang2. Kak Fatimah kan balik. Tengah hari tadi kami dah packing, so abis kursus kami trus balik. Bilik kami kosong! (katil, kerusi, meja tu ada la. aku tak angkut. aku kan baek).

Sekarang aku main tenet depan tv atas tilam dengan bantal bucuk wangi aku. Best!

Entry ni tak de kaitan dengan tajuk tu kan. Saje je. Aku tak de idea nak tulis tajuk apa je (T_T')

4 comments:

Izzatul Azma said...

hehee.. kebetulan sama :P

bulan2 puasa g kursusss.. ngantukkks

Teacher Hafizah said...

memang ngantukkkk. hahahaha

fajridil adha said...

majlis kawin kita nnt 10/10/10 ye.hehe ^_^ [my blog]

Teacher Hafizah said...

hahahaha.11/11/11 la...