29 September 2009

PPD plus PSN

28.09.2009

11.30 am:

Meeting di PPD pasal AJK Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) yang akan diadakan di Pusat Sains Negara (PSN) pada 1.10.2009 ni. Meeting ringkas ni just bagi skit briefing. Aku ngan 3 orang lagi cikgu skolah aku (Kak Aza,Kak Zie dan Kak Ina) terlibat jadi AJK cenderamata. Tak macam APC ari tu, NRC ni kami tak payah cari sponsor, tak payah wat sijil, tak payah bunggus door gifts. Suka la! Keje kami just susun dan pegang dulang adiah ngan sijil. Senang kan?

Naik keta Kak Aza. Camry! Sedap giler naik. Tak gegar macam keta aku. Keta kecik gegar merata2. Sampai kat bilik meeting kat PPd trus makan pagi. Nasi lemak. Sesuai dengan aku yang kelaparan tu kan. Meeting jap, pastu jalan2 nak cari tudung konon. Pastu lepak kat surau je sebab kul 2.30pm ada meeting kat PSN plak.


2.30pm:

Meeting di PSN.

Kami bertolak pas Zohor. Kak Aza drive. Uishhh. Rempit rupanya kak aku ni. Keta mahal2 ni mana la rasa kita pecut. Skali tengok dah 140kmj! Siap cucuk2 keta depan lagi. Uishh.

Kami sampai awal kat PSN. Pas kami sampai, cikgu2 laki AJK makanan pun sampai. Kami pegi ikut highway PLUS kuar ikut Duta sebab nak elak jem. Sebab AJK lain belum sampai, kami relax2 kat ctu tengok around PSN. Macam barang lama je aku tengok. Sunyi je. Tak de orang melawat pun.

Meeting yang boring! Ada wakil dari KPM, JPN Selangor dan Wilayah, Sasbadi (main sponsor), BTP dan kami AJK dari PPD Gombak. Bincang apa nak kena wat nanti. Kami kena bawak dulang sendiri. Ye, biasa la tu.

Pas meeting yang boring, kami dibawa tengok tempat. Tengok tempat agihan makanan kat 4th floor. Agih makan tempat tinggi btoi. Pastu tengok main place. Penyampaian hadiah kat ground floor, kat atrium. Pentas kecik giler! Tak dak tirai apa pun, sure nampak clear kalau kami huru-hara susun adiah. Siap semua, kami wat aktiviti bebas sebelum balik. Semua cikgu skolah aku tak penah mai cini except Kak Aza yang mai 2-3 tahun lepas. Jakun jangan kata la. Sampai PK kami pun naik malu tengok. Kami try apa yang ada kat atrium tu je la.

::pentas yang ciput::

::atrium::

::kat tingkat 2 depan bilik persidangan Alfred Nobel::

::spider web-aku bukan spiderwoman::

::cermin mengejek!::

::cantum muka aku ngan Kak Aza::

No comments: