16 September 2009

menurut perintah, bukan memberi titah

Ari ni ada meeting SU LDP kat SK Taman Prima kul11 am. Aku ni siap sesat nak cari sekolah tu. Masuk taman, tah lorong apa je aku redah. Tapi yang penting....sampai gak.

Dapat keje baru yang perlu disettlekan dalam cuti raya aku. Terkorban lagi cuti raya ni untuk keje2 pengkeranian. Tu la...saya yang menurut perintah, bukan saya yang bertitah! Dapat instrumen penilaian kendiri. Aku kena riso banyak2, bagi kat cikgu2 untuk isi tajuk kursus yang diaorang minat berdasarkan contoh2 kursus yang diberi. Huishhh. Nak pas raya! Ari ni baru bagi! Actually aku dah dapat borang tu time g kursus kat Hotel Putra KL tapi diorang tak cakap pun nak wat and kena hantar seawal ni. Semua kursus tu sebenarnya untuk 2010, so, aku cadang nak wat time budak2 exam nanti la. Alih2 tadi meeting cakap kena antar kat PPD 29/9/2009. Memang la kena wat masa cuti raya!

Balik skolah tadi aku trus masuk kelas 1 Ikhlas 2 masa, pastu relief kelas PA1 1 masa. Abis kelas baru aku p office riso borang2 tadi. Jumpa pengetua, aku citer semua pasal maklumat LDP yang aku baru dapat. Nasib bek tak dapat agihan ke-2. Kalau x, botak kapla aku nak pikir nak wat 3 kursus sebelum 17/10/2009! Giler! Citer dengan pengetua pun ada banyak tapi malas nak citer.

Aku dah riso (thanks to Kak Faizah tolong riso. orang yang patut riso tak mau buat. laki, tapi muka kelat macam period je. dah tak mau buat, pastu dia blah kuar office. sapa tak bengang!) borang, so, mana2 cikgu yang lalu depan aku semua aku panggil isi borang tu on d spot. Kalau tak, biasa la, bila tah baru aku dapat borang2 tu. Aku bagi skit kat Kak Khodijah tolong aku. Biasa la reaksi dia. Hmmmm. Komen dari cikgu2 lain tu dah biasa sangat la aku dengar. Banyak komen sangat, cuba amik jawatan aku ni. Buat sendiri, apa perasaan korang? Nak muntah la aku ni dengar macam2 komen manusia2 yang tak paham ni.

Aku malas tunggu lama2, aku pun blah dari sekolah. Aku dah mintak kat pengetua tadi nak balik awal coz aku ada meeting pagi tadi. Ni aku dah kat rumah. Japg kena p skolah balik. Malam ni majlis berbuka di sekolah. Ada majlis khatam Quran, solat hajat, solat tarawih ramai2.

No comments: