16 June 2009

sehari pas cuti skolah...di skolah

Hari pertama skolah after 2 weeks holiday. Memang berbaloi...yeke? Yang betulnya...memang penat. Ari ni masuk 3 kelas = 6 waktu. Moral and Science of coz. Tak wat pe sangat la. Discuss soalan2 exam je. Cakap banyak sampai masuk klas 1D Science aku cakap pun dah gaya orang gelong je. Tadi Moral cakap BM, Science cakap BI....kadang2 tersyasyul gak teman. Hahahaha...budak2 pun dah boring tu. Keje tanya ada assembly ada ke tak je. Diorang tak suke assembly. Pemaleh nak berdiri budak2 skarang!
Tadi...cannot forget nyer citer. Bikin malu serata alam je. Tengah discuss questions Science le ni. Subjective Q, paper 2. Soklannyer:

Q:Discribe the shape and volume of a liquid:
A(yang spatutnyer):
no fixed shape. follow the shape of it container
fixed volume.
Aku tulis: no fixed volume.

Meraba budak2 tu. Si Pava (aku panggil Parameswara kat budak banyak cakap ni) pelik. siap tunjuk ketas dia lagi kata aku silap tanda kot. dia tulis fixed volume aku bagi 1 mark.
Pening2...aku ni siap nak potong markah dah...aku tengok balik jawapan aku tulis kat whiteboard.
OMG!
Ni kalau aku dok sorang2 sah aku tampar pipi aku laju2 selaju light speed. Ko giler! Bagi skema salah!
So, dengan muka takder salah dan confident aku cakap kat budak2 tu:

"OK! Now look carefully to this answer. Is it correct?"

Garu kepala laju2 la budak2 tu. Dah confuse. Ape kes teacher ni bleh tanya soklan bodoh time wat correction ni? Apakah yang dipikirkan olehnya?
Pastu si Parameswara dengan takut2nyer try jawap diikuti budak yang dapat highest mark dalam kelas tu:

" Teacher, I think we have a fixed volume."

Muke cuak macam tunggu masa harimau nak makan je budak dua orang tu.

"Ya. Correct! I thought U cannot see. See, I just test U 1 easy question U confuse like that oredy. Confident if ur answer is correct k. Now I know U didn't sleep in my class! Hehe."

Hahaha. Confident giler. Padahal sendiri wat salah. Mana bleh tunjuk kite salah beb depan budak2!
Kena cepat pikir alternatif. Sebab tu dulu kat U korang blajar ada pemikiran kritis....kene cepat bertindak walaupun tadi dah gaya2 nak kantoi salah sendiri.
Ari ni ada assembly. Muke sekor2 dah rupa apa dah. Aku rasa time aku skolah dulu suke perhimpunan lama2 sebab takyah study! Jahatnyer aku dulu :p
Tadi pun aku denda 3 ekor budak. Banyak cakap tulis kurang. Sekor tu tak tulis langsung! Aku ni jarang nak marah2 ni. Marah2 sayang tu ada la.
::baek la tu konon::
Budak2 ni dah menguji kesabaran aku ni. Brapa kali saya sudah bilang, diam, tulis jawapan. Dok tak dengar gak. Tah brapa kati taik telinga tah.
So, dengan nada paling baek dan rendah tanpa tengking2 aku ambik ketas jawapan diorang dan trus cakap dengan manjanyer dan mata yang ala2 boleh kuar dari soketnyer:

"U 3. Get out of my class. Now!"

Ternganga2 budak2 tu dan lain2nyer. Mana penah Cekgu Hafizah yang baek ati ini halau budak kuar kelas.

" I mean it. Now..."

Tak tengking pun. Sekor aku letak kat luar pintu depan, sekor kat luar pintu depan. Sebab ada 2 pintu sebelah kanan kelas je (tak de kat sebelah kiri kelas), sekor lagi aku suh diri kat depan kelas. Tapi tengok la dinding kelas yang cantik tu. Nak kire kuman? Inilah masanya...
Yang kat luar tu plak kene tengok view yang cantik kat taman skolah. Bukan tungok kelas. Diam 1 kelas. Tadi aku main mata je. Kasi jegil2 tahap nak kuar bijik mata! Buat penat aku je nak menjerit tengking pas puas mengasah vocal kat 2 kelas sebelum tu. Aku brani denda sebab tau lagi 15 minit assembly. Kalau tak mana bleh suh anak orang moden ni kene denda lama2. Kan aku plak glamer masuk paper! Tah yah ler. Aku ni low profile je.

3 comments:

Att Ashburn said...

duh..takutnye nk jd student cikgu haha

fajridil adha said...

sy ni lemah tul klau bab BI. tp awk terer ek. leh la aja sy BI ek ^_* [my blog]

fiza_sensei said...

hahaha. dan hahaha lagi!
budak nakal mmg xsuke saya la gni kan. xla...diorang syg saya wooo.ari guru dpt bnyk adiah...
nak idup...tu kena ckp gak bhs penjajah tu