16 June 2009

GOOD AFTERNOON TEACHER!

"Assalamualaikum cekgu."
"Waalaikumussalam."
"Hi teacher."
"Hi."
"Hello teacher."
"Hello."
"Good afternoon teacher."
"Good afternoon."

Kalau korang jadi cekgu, tiap2 ari bleh dengar students cakap cenggini. Biasa la kan. Budak2 ni kite kena didik jadi orang berbudi bahasa
::tapi memang ada lagi yang tak reti bahasa dan yang buat2 tak tau bahasa::
Hari ke-2 pas cuti panjang....
Kalau dulu2 kita skolah, cekgu mesti tulis hari ngan tarikh kat blackboard kan. Tapi skarang bezanya aku tulis kat whiteboard. Tiada lagi habuk2 yang bakal melekat kat tangan, tudung dan baju. Tangan cekgu2 ni pun tak la jadi sekasar batang pokok!
Tuesday:
16th of Jun 2009:
Sebelum rehat aku tak de kelas. Dan yang paling penting....tak de relief! Hehehe. So, boleh la aku sambung keje terbengkalai balai tu. Sambung isi markah plajar. Konon nak check PEKA Sains budak. Tidak lah cukup masa ku untuk semua itu
::Weh! Next week Pentaksir Kawasan nak mai check! Mampuihhh!::
Kul 2.30pm aku stop dulu la keje2 tu. G solat dulu coz pastu dalam kul 3 turn aku meronda. Aku slalu cakap kat Kak Noli
"Ok Kak Noli. Gerak dulu. Nak g jalan2 cari masalah"
"Baguih la tu!"
Aku ni tah camna sesat jadi AJK Guru Disiplin sesi petang tahun ni. Aku tengok tak de plak ciri2 garang, budak takut giler dengan aku. Aku masuk klas ada gak budak yang main2.
::situasi biasa (0_0")::
Sebelum jadual dirombak, turn aku meronda ari khamis. 1 ari je. Pas jadual rombak sebelum cuti ari tu, Cekgu Azmi letak aku meronda cari masalah tu 2 ari: Selasa ngan Rabu. Adus, saket kapala!
Slalu budak tengok aku jalan2 ari khamis, ari ni aku ronda depa wat pelik plak. Yang wierd lagi, budak yang dok bersepah dalam kelas lari dok tempat time aku samdar kat pintu blakang kelas depa.
::aku memang suka stop kat pintu blakang. senang tengok semua::
So, arini takde problem besar. Biase2 je.
Patutnye aku ronda waktu ke-4, Cekgu Ridzuan waktu pertama. Tah camna, aku tersama2 meronda dengan dia. So, divide kawasan la. Jimat masa dan tenaga. Hehe
::cakap je la aku malas. Dush! Dush!::
3.35pm: rehat.
3.50pm: kelas aku bermula.
Straight 3.50pm-6.45pm. Aku terpaksa tinggal kelas nak lari g solat.
::ini pun situasi biase cekgu2 sesi petang::
3.50-5.05pm: 1 Hormat (Science)
I just give back all the question paper that i mark and do discussion and correction. ::cewahh! kelas sains kan. korang ni!::
Budak2 kelas ni memang terserlah nakal tahap 6 jahanam la. Kebanyakan budak peralihan tahun lepas ada dalam kelas ni. Yang tak faham BM dan BI pun ramai. Aku ni cakap macam ayam dengan itik. Siap guna isyarat tangan lagi tu!
Tapi thanks Allah. Ari ni budak2 ni tak kacang hantu sangat. Masih terkawal.
Opss! Sebelum kelas mula tadi, budak kata ada students nak gaduh. Dah siap kumpul kat koridor kelas sebelah. Ada 3 ekor budak luar lagik! Berasap la aku yang a.k.a guru disiplin a.k.a kerani disiplin ni. Dengan gaya macho menutup kecut sebenarnya aku menghayun langkah ala2 gorila. Halau semua masuk kelas, halau budak luar tu turun blog.
::macam ganaz giler je....halau konon...cis!::
Rupanya ada cekgu kelas sebelah tadi tu dok duduk baek punya wat tak tau kot2 ada bom ke kat luar kelas dier tadi! Brasap aku tengok muka cekgu tutttt itu. Bleh dia wat dekkkk je yek. Pelik aku!
5.05-6.15pm: 1 Dedikasi (Sains)
Kelas aku blakon semalam tu la. Ari ni cekgu tak tersyasyul lagi. Hehehehe. P&P lancar selancar tok kadi nak bagi orang menikah. Siap bleh bergurau sende lagi dengan 'anak2'ku itu. Cekgu kan sporting beb!
Sesi mari melukis graf.
"Check ur graph. Draw a straight line according to the numbers in the table given. Next question, u can get the answer from ur graph."
Pakat2 menonggek la aku dari meja ke meja 'menggraf' dengan budak2.
Kringggggg!
Next class plzzzz.
6.15-6.45pm: 1 Gigih + 1 Fitrah (Pend. Moral)
1 masa je. Dengan pantas aku bagi soklan exam suh diorang check apa yang patut. Tak sempat nak wat pe sangat tambah2 waktu akhir. Bontot diorang dah macam ada cacing nak kuar je. Kalut nak balik! Pada hal kalau kuar awal pun blom tentu bas skolah tu gerak awal kan!
Lega!So, SMKTE....
see u tomorrow :P

No comments: