30 June 2019

Kisah mama beranak dua dan workoholic teacher :30/06/2019

Wow! Inilah yang dikatakan blog bersawang. Rupanya aku stop menulis sebelum Amin ada lagi. Sawang teruk tahap rumah hantu dah ni.

Sekarang cikgu dah beranak dua. Teruna hensem lagi comel yang sangat mencairkan segala marah dan stress di tempat kerja atau di rumah.


Nampak muka penuh agenda tu. Hahaha.


Ni ek? Jap nak pikir. Rasanya gambar 2 tahun lepas. Sekarang cikgu dah bulat, membesar bagai juara! tapi makin meningkat tahun perkhidmatan, cikgu makin la sayang kerjaya ni.

Semalam baru buat Taklimat Pemerkasaan Sains PT3 kat sekolah. Sesungguhnya, masa ni kita boleh kenal warna-warni perangai manusia. Bukan semua suka belajar benda baru. Kalau boleh, sampai pencen dia nak buat benda yang sama je. Masalahnya, dia ada berbelas2, berpuluh2tahun lagi nak pencen.

No comments: