Assalamualaikum,
Selamat malam.
Jika awal minggu ni ramai warga Malaysia nak jadi peguam dan hakim kes Hanez Suraya dengan mangkuk ayun, sejak awal pagi tadi ramai pulak tukar kerjaya nak jadi wartawan. Sungguh, orang2 kita tak ada pendirian. Tukar2 kerjaya dalam masa 1 hari.
Kepada ahli keluarga, sahabat handai, kenalan 239 orang dalam MH370, harap bersabar semua. Sungguh, aku terkesan juga walau tidak ada sesiapa yang aku kenal dalam pesawat. Tapi, cuba duduk dalam situasi ahli keluarga penumpang. Macam2 perasaan bercampur2.
So, kepada wartawan2 yang tak bertauliah di luar sana, jangan tambah kesusahan yang mereka rasa. Tunggu berita rasmi. Sejak tahu pasal berita ni selepas balik Seminar Integriti pagi tadi, aku dok tengok update pasal MH370 ikut media sosial. Sungguh menyakitkan hati. Banyaknya spekulasi! Sekarang depan tv, tunggu berita rasmi.
#Prayformh370
Doa saja yang boleh kita beri..... (bukan sibuk nak jadi wartawan!)
No comments:
Post a Comment