24 February 2014

~PBS oh PBS~

Mungkin para guru Menengah Rendah dan sekolah rendah boleh menarik nafas lega (walupun sedikit) bila KPM sudah mengumumkan di akhbar2 bahawa guru2 tak perlu laksanakan PBS buat sementara waktu. Belum ada kata putus, mansuh atau teruskan. Pekeliling rasmi penangguhan PBS pun belum ada.

Kalau ikutkan bila belum turun pekeliling dari KPM, guru2 tak berapa lega lagi. Mana tau tiba2 paper cakap lain, arahan yang turun nanti jadi lain pulak.  Setakat tadi, kami di Kinta Utara dapat maklumat PPD dan JPN tak jadi turun pantau PBS. Ditangguhkan.  Caca marba betul sistem ni kan. Kalau fikir balik, berbaloi jugaklah SGMM buat himpunan mansuhkan PBS tu. Ada jugak tindakan KPM walaupun lambat. Kes cikgu2 dengan PBS dah lama, sejak mulaPBS diperkenalkan lagi 2012 dulu. Kira guru2 merungut tapi tetap buat juga. Bila dah masuk tahun ke-3, tak nampak kemajuan sistem tu, guru2 dah hilang sabar.

Bagi aku, kalau sistem tu improve pelajar aku terima. Tapi sejak 2012 aku mengajar kelas PBS, nampKnya pelajar makin malas berfikir, makin tak berkembang otak mereka. Bagi murid2, PBS ni relaks, takkan ada exam, belajar sikit terus uji menguasai atau tak. Kesannya, bila esok lusa cikgu tanya soalan tentang apa depa belajar semalam, confirm dah lupa. Tu yang aku tak suka sangat pasal PBS. Murid makinnnnnn malas berfikir.

Tahun ni diperkenalkan KBAT, kemahiran berfikir aras tinggi, peta pemikiran i-think. Pengalaman aku mengajar 2 buah sekolah sejak posting, pelajar sekarang kebanyakannya boleh kuasai soalan2 jenis pengetahuan, kefahaman, paling tinggi aplikasi mengikut Taksonomi Bloom. Kalau nak ikut KBAT, kena soal pelajar aras aplikasi dan ke atas iaitu analisis, sintesis hingga penilaian. Pelajar2 sekarang boleh jawab soalan apa? Bila? Di mana? Tapi kalau masuk soalan mengapa? Bagaimana? Hancus. Ni situasi sekolah harianlah. Kalau ada cikgu2 SBP, MRSM, Kluster, Sekolah Kawalan, sila share situasi di sekolah anda. Nak tahu juga :)

Rasanya, aku akan teruskan PBS dalam PdP aku cuma tak la beria2 sangat. Aku akan totally stop kalau turun pekeliling dari KPM cakap dah mansuh PBS. Aku risau jadi macam kes 2012 dulu. Bulan 5 baru turun arahan buat PBS. Jenuh nak backdated buat evidens PBS bab 1 dan 2 yang dah diajar sejak Januari. Jangan pisang berbuah 2 kali. Serik!


No comments: