08 February 2014

~Macamana rupa peperiksaan yang menggantikan PMR tu?~

Assalamualaikum.

Semalam ada pertanyaan daripada seorang ibu prihatin yang risau anaknya memerlukan lebih perhatian untuk jawab soalan section B Science paper 2. Si ibu bertanya cadangan jidul buku latihan yang boleh saya suggest. Terima kasih kakak yang bertanya.

Mari saya jelaskan di sini tentang peperiksaan yang menggantikan PMR yang satu ketika tak lama dulu heboh di akhbar2 namanya bakal bertukar menjadi PBSMR. Baru-baru ini para pentadbir dan beberapa guru dari setiap sekolah di Kinta telah diberi taklimat awal mengenai peperiksaan itu oleh Lembaga Peperiksaan(LP). Orang LP pun tak sebut nama exam tu apa. Akhbar cakap PBSMR tapi tu bukan dari mulut orang2 LP. Depa cakap, "kita tunggu Menteri Pendidikan umumlan nanti." Sekarang jangan buat sebarang spekulasi.

Menurut taklimat itu, pentaksiran pusat bertulis yang melibatkan subjek2 Sains, Matematik, BM, BI dan bahasa2 lain akan diadakan pada 7-9 Oktober. Hari terakhir juga ada ujian lisan BM. Bagi subjek2 selain itu akan diberikan pelbagai jenis tugasan mengikuttempoh masa tertentu dan pelajar akan buat dalam masa 6-8 waktu pengajaran & penbelajaran (pdp). Maknanya, tugasan dibuat dalam kelas. Takde lagi la kes ibu bapa hantar tugasan jahitan ERT kat tukang2 jahit kegemaran tu ye.

OK. Pentaksiran Pusat bertulis bulan Oktober rata2nya setiap subjek ambil masa selama 2 jam. Macam saya ajar Sains. Maka, saya terangkan pasal paper Sains je la ye. Hehehe. Hanya ada 1 kertas Sains yang perlu dijawab dalam tempoh 2 jam merangkumi soalan2 objektif, subjektif, termasuk isi tempat kosong, padankan, gariskan. Kata pihak LP la ye. Soalan pula ada melibatkan 30% rasanya (maaf lupa) dari jenos soala KBAT, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. So, kalau  ada ibu bapa yang pernah tengok buku latihan anak2 ada tulis KBAT, tu la maksudnya. Dalam BI depa panggil HOTs, High Order Thinking Skills.

So sekarang, para guru masih dalam peringkat pengenalan pasal Pentaksiran Pusat ni. Kami hanya menjalankan tugas hakiki mengajar mengikus silibus dan PBS. Masih samar2 pasal exam pusat. Hopefully akan diberi pendedahan sepenuhnya. Kalau nak tau, kalau anda ibu bapa risau pasal pencapaian anak2, kami warga pendidik berlebih2 lagi risau. Risau sempatkah nak habiskan silibus? Exam nanti macamana? Macamana nak ajar budak2 kalau cikgu pun samar2? Ada ibu bapa yang tak boleh atau tak cuba nak faham kami warga guru mesti hentam cikgu macam2 nanti, macaman nak handle? Susah ok.

Kalau nak suggest buku latihan di pasaran. Oh, susah juga. Ada pembekal berbeza bagi buku sampel. Saya dapat free melalui panitia. Tapi isi dalamnya.... setakat ni saya jumpa 2 buku latihan yang tak cukup evidens PBSnya. Acaner tu? Mungkin penerbit buat buku ikut draf awal DSP. Terkejar2 nak terbitkan buku paling awal dari penerbit lain, nak orang beli buku dia je kot, maka ada je yang tertinggal. Minta anak2 rujuk guru diorang masing2 la lebih senang. Macam saya, saya tak beli 1 buku latihan untuk pelajar tapi mencari soalan dari pelbagai jenis buku, membina soalan sendiri, dan ada juga yang ambil dari buku teks je sebagai soalan2 PBS. Ikut kesesuaian dan tahap anak murid saya. Guru yang mengajar yang lebih kenal pencapaian anak murid, menguasai atau tak menguasai.

Kata pihak LP, akan ada lagi taklimat penataran pasal Pentaksiran Pusat ni. Kalau dah ada maklumat nanti saya update. Insyaallah. Moga membantu. Kalau ada guru lain nak tambah tau betulkan info saya, silakan.





2 comments:

Cikgu Norazimah said...

ok, CN pun nerves gak tunggu pp ni, dah la geografi subjek first..huhu

Fiza Kushina said...

Guru2 dalam fasa risau, anak murid mcm tak habis2 di fasa honeymoon. Macamana tu? Huhu