Sedar tak sedar dah hampir 9 bulan usia perkahwinan. Masih teringat sesi outdoor yang alahai romantiknya. Hehehe.
Sekarang dah masuk trimester ke-3. Last check-up HB turun dari 11.1 ke 10.6! Nurse cakap HB tak cantik, kena tambah dos ubat. Sejak trimester 1 diberi obimin, tapi bila dah jadi macam ni dapat tambahan fumerate. Total sekaran pagi2 sebelum ke sekolah kena telan 3 biji ubat yang bila bergabung, meletup! Eh, tak le, tapi jadi rasa mual, loya yang amat. Seminggu dapat tambahan ubat, berapa kali tah aku muntah pagi2. Sungguh tak best. Bila perut makin besar, anda muntah, rasanya macam keluar usus2 sekali.
Baby bump minggu ke-26. Bila masuk bulan ke-6 cepat je perut membesar. Dulu sampai 5 bulan relax je pakai baju kurung pun tak nampak perut.
Ok, nampak tag hijau tu. Sebelum ni rekod mummy suci murni, dapat tag putih. Sekarang sudah tukar ke hijau sebab faktor risiko HB turun. Tak bestnya. Tag tu takkan tukar warna balik ye kalau HB dah kembali normal pun. Tak best kan. Dalam usaha menaikkan HB, aku suka makan kerang, share kegemaran dengan En. Suami :) Pas makan kerang, baby makin aktif. Tiap masa bergerak, menendang. Memang tu ke kesan makan kerang? Entah. Cikgu, bukan pakar diet, so, tak tau sangat la.
Setakat ni rasanya 60% barang2 baby dah dibeli. Warna? Macam2 warna ada. Hehehe
No comments:
Post a Comment