24 December 2013

~Minggu2 yang sibuk~

Busy. Ye, mana kisah nak masuk rumah baru, esok nak gerak ke Pahang untuk family day sebelah keluarga en.suami, balik nanti sambung kisah nak masuk rumah baru, sekolah dah nak buka, mesyuarat guru. Hai, cian baby mama kelam kabut kan. Alhamdulillah, sekarang dah masuk minggu ke-18. Baby bump nampak kecil je, sampai masa hari pengumuman keputusan PMR kat sekolah minggu lepas kawan2 cakap perut aku kecil. 4 bulan pun tak nampak perut, kulit nipis kakak2 kat sekolah kata:)
Semalam sebelum tidur, sembang2 dengan suami, rasa benda pelik. Eh, tu baby kicking ke? Rasa 2 kali. Bila suruh papa pegang terus baby senyap ye. Pandai kamu. Papa mula minta mama dengar cd ayat2 Al-Quran je. Dalam kereta dengar cd je. Hehe.
Memandangkan mama bawa kamu dalam perut, maka kerja2 kasar pindah rumah papa yang banyak buat. Tadi penatlah papa mengemop 1 rumah, atas bawah. Malam kerja pula. Kesian papa kamu ye baby. Tapi mama dengan rasa kesian tolongla basuh toilet skit2, tak le menggosok ganas2, sekadar nampak bersih sikit.
Malam ni kita kemas barang untuk pergi bersuka ria bersama opah, mak pak sedara dan sepupu2 kamu. Papa nak tarik mama masuk sungai ni gara2 nak bagi kamu try macam2 benda. Aduh la papa.

2 comments:

Aty Fared said...

tak de lah kecik...saya ritu lagi kecik giler..bayangkan...5-6 bulan baru orang ley tahu saya mengandung..hahaha...tapi mase hujung2...besar ngan jaya nya.. ;p

Teacher Hafizah said...

yeke? ni pun dah masuk 5 bulan pakai baju kurung org xprasan perut saya. hehe. hujung2 nnt baru mbesar dgn jaya mcm awak la ye :)