25 November 2013

13W4D

Salam,

Sungguh, kalau fikir semula mungkin serik. Melalui minggu2 makan, muntah, makan, muntah. Hatta, minum pun keluar balik. Oh, penatnya! Tapi, redha. Ujian Allah untuk kesayangannya, maka mama boleh senyum. Aku suka kalau anak2 panggil aku mama. Kat husband nak panggil apa ye? Papa? Soooo sweet.

Alahan insyaallah makin kurang walau pun cakap2 orang dah 3 bulan mesti dah hilang kan. Ikut badan la. Hidung aku, ya Allah, kalau sebelum ni aku fail skit pasal bau2an. Sekarang, orang tak bau aku dah boleh bau. Rasa macam incrediable smeller plak. Hehe. 10x kuat deria bau aku. 10x? Aku agak je la.

Semalam aku ke rumah kawan kat kuarters Hosp. Sg.Bakap gara2 en.husband rindu Princess & Junior aka anak2 kucing yang depa adopt. So notty playful kittens! Pas main kucing, aku me dapur cuci tangan. Giler! Aku bau durian! Wangi sungguh nak habaq mai. Takkan nak mintak kan. Rupa2nya ada pokok durian belakang rumah dia. Muda lagi. Kawan aku pelik dia x leh bau. "Wangi gila kot, Ina".

Ajaib ibu mengandung. Oh, skarang aku di kampung. Semalam adik aku selamat jadi isteri. Majlisnya Sabtu depan. Dah cukup 3 menantu abah mak. Ni majlis kenduri terakhir. Takkan la nak layan alah lagi. Last sibling nak kenduri ni. Sapa lagi nak buat hantaran kalau bukan I? Hehe. Suka3x

Baby bump tak nampak g pun. Aku rasa perut macam biasa je. Tapi makan skit dah mengah. Pas makan perut macam besor skit, keras. Normal ke? Hehe. Kat kampung kuranggg sangat alahan. May be udara lebih bersih, rumah kat kampung lebih besar. Rumah sewa kami sempit. Plak tu, aku ada jiran cina yang super rajin masak. Baunya.....yang tu aku tak tahan tu.

Jeles tengok kawan yang pregnent lebih kurang aku dah boleh masuk dapur. Lama tak beraksi kat dapur. Macam awal2 kawen, balik keje pening nak masak apa, terus masuk dapur. Sekarang dah dekat 2 bulan makan nasi bungkus. Sampai fed up en husband. Cian dia. Sabar ye, bang.

Nafsu nak melaram kurang sejak awal preggy tapi sekarang dah macam dapat balik je nafsu tu. Hahaha. Mama suka! Dah mula cari eyeshadow, blusher, lipstick kalau nak keluar.    Good sign yeh.

Husband cakap jangan layan sangat alahan tu, nanti baby malas. Amboi, ye ke bang? Mood dia baik, malam2 dia dok urut2 parut. Tah apa doa dibacanya. Baby macam paham2 je. Mama cakap perut tak selesa. Tidur pun asyik terjaga. Tapi bila tengah malam papa dia urut, sedap mama tidur ye. Hahaha. Notty tak saya buat2 tidur untuk tidak mengganggu konsentrasi suami mengurut sambil berdoa? Hehehe. Esok pagi tanya, "abang baca apa masa urut perut semalam?" "Eh, mana ada." Ces! Hehehe. Awal2 dah komplot anak-ayah ye.

2 comments:

Lizzie Yasmin said...

ohoho... macam best je. Tahniah kak. Tak tahu plak kak ijah dah pregnant. Pasal weeding azirah yue, pls upload million pic pls. Tempunan can't make it.. sob sob sob

Fiza Kushina said...

Tq liz.
Insyallah, klu bx kat blog kat ig n fb akan ada :)